Thursday, March 8, 2012

Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan



Bagi anda yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak, di sini saya kongsikan tanda-tanda bersalin dan doa yang perlu diamalkan. Saya sendiri sedang menunggu hari untuk melahirkan anak pertama.. (due: 25/3/2012)

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.


(petikan dari hamidarshat.com)

Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran :
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pada perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat
Antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu untuk memudahkan proses bersalin :

"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa : ayat 20)

"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)


“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah :
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf : Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87 
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sumber : alamhamil.com dan nurizdehouse.blogspot.com  dan http://www.ciklaili.com/

4 comments:

  1. Ada juga ayat diatas yg sy amalkan selalu kalau rasa sesuatu yang tak nenyenangkan.. alhamdulilah....

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete

salam