Friday, March 6, 2009

ANTARA KELUARGA DAN DAKWAH

Kadangkala mendakwahi saudara senasab (keluarga) jauh lebih sulit dan rumit daripada mendakwahi orang lain. Padahal keluarga adalah lingkungan terdekat kita. Alangkah baiknya jika mereka menjadi supporter dalam perjalanan dakwah yang mana kita boleh berkongsi cerita bahkan berkongsi beban dakwah bersama….oh! alangkah indahnya…. Namun tak banyak yang dapat nikmat demikian justeru disebaliknya, malah keluarga menjadi penentang utama aktiviti dakwah kita. Boleh jadi hal ini disebabkan ketidakpekaan kita terhadap kebutuhan orang-orang yang kita sayang itu. Mereka hanya merasa kita sebagai tempat pengaduan apabila sakit dan saat kehabisan wang..

Mari kita menyelami sejenak ke zaman Nabi SAW gerakan dakwah yang dibuat oleh Nabi dan sahabat2 baginda dalam menerapkan misi Islam kepada umat dan masyarakat tanpa mengabaikan keluarga.. pernah sahabat Nabi disuruh oleh baginda supaya tidak ke medan jihad kerana sahabat ini masih bermasalah dengan Ibubapanya yang perlu diselesaikan… islam sendiri telah meletakkan keutamaan taat kepada ibubapa selagi tidak barcanggah dengan agama. Oleh demikian ana ingin mengajak diri ana, para pendakwah dan pembaca sekalian berfikir apakah kita pernah menunaikan hak2 mereka dalam memenangi hati mereka agar memahami tugas2 sebagai seorang pembela agama??? Pernahkah kita ……???

Menyampaikan dengan cara yang baik
Posisikan keluarga kita sebagai target dakwah. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang keras terutamanya terhadap orang tua apabila kita meminta izin ke Medan perjuangan. Carilah saat2 santai untuk menyampaikan hasrat kita untuk bergerak dengan aktiviti dakwah dengan memahamkan mereka tentang Islam dan tugas seorang muslim terhadap agamanya. Disamping itu jangan lupa mengawalinya dengan menyampaikan berita2 yang membahagiakan mereka dgn prestasi kita yang membuatkan mereka bangga.

Selesaiakan kewajipan sebelum keluar rumah
Salah satu hal yang membuatkan keluarga kita keberatan dengan kesibukan kita adalah kewajipan yang tidak dikerjakan. Maka, pastikan seluruh pekerjaan rumah selesai sebelum kita berangkat untuk beraktiviti di luar. Hal ini juga menghindarkan kita dari zalim terhadap keluarga.

Peduli
Jalinkan komunikasi yang baik dengan anggota keluarga. Dengarkan mereka berbicara sebagaiman kita sabar dengan mendengarkan keluh kesah sahabat2 dakwah.. munculkan idea2 solutif dan sekiranya kita tak mampu memberi solusi minimal memperlihatkan keperhatian (kepedulian) kita terhadap permasalahan mereka.

Tumbuhkan kepercayaan
Ketika meminta izin, kadangkala orang tua mengingatkan kita agar pulang pada waktu yang mereka mahukan. Patuhilah batas waktu tersebut selama itu memungkinkan. Buat mereka percaya bahawa kita mampu mengatasi masalah peribadi .

Tunjukkan perubahan yang lebih baik pada keluarga
Sebagai bukti kebenaran dakwah yang kita usung di hadapan keluarga adalah perubahan kita menjadi peribadi yang lebih baik. Hal2 positif yang kita bawa dari luar rumah melahirkan kepercayaan dan keyakinan keluarga bahawa lingkungan dan aktiviti kita di luar dipenuhi dengan hal2 baik.

Lakukan pendekatan pada ‘bos rumah’
Di setiap rumah biasanya ada tokoh yang mendominasi berbagai kebajikan. Dia adalah orang yang hampir semua ucapannya direspon baik oleh anggota keluarga lain. lakukan pendekatan pada tokoh ini.

Tumbuhkan simpati
Ada banyak hal menyentuh yang kita rasakan dari interaksi dengan aktivis dakwah lain. ceritakan hal tersebut pada keluarga dengan memuji teman2 di hadapan mereka agar timbul simpati.

Jangan menyerah!
Optimis semua akan baik2 saja jika kita berusaha. Jangan lupa berdoa dan meletakkan keyakinan dengan apa yang kita kerjakan kerana Allah. Dan Allah lah yang menentukan kejayaan setiap perancangan kita.

No comments:

Post a Comment

salam