Monday, October 31, 2011

Sehari Di Unisza..

Assalamualikum wbt.. hari ini ada masa luang sedikit untuk mencoret diari. Dengan berada di sini aku boleh praktis 'English Speaking Skill' dengan roomate dari Bangladesh.. dia masih muda dlm lingkungan umur 21 tahun..ambil course Bussiness 'Islamic'.. bagus la dia.. aku speking la jugak walau terbeleok skit lidah ni..huhu.. bila fikir smula, ada hikmahnya.. bila ilmu tidak dipraktis, maka akan jadi beku, seperti pisau yg tidak diasah, lama2 akan berkarat.. sorg lagi roomate dari Yamen, buat phd medic.. fuhh.. umur dalam 29 tahun baru.. dengan dia kene cakap Arabic.. sekali lagi terbeliak lidah.. huhu.. sorg lagi roomate dari kelantan.. lega skit lidah, boleh cakap 'klate budu' dgn dia.. huhu.. Oklah, itu kisah roomate.. selesai..

Ini kisah tesis aku pulak.. fuuyoo, lagi mencabar minda dan fizikal.. kata penyelia aku, 'Ana tak nampak lagi apa yg anti nak buat ni, anti kene banyak membaca, jangan buang masa lagi, kene cepat !'.. gulp, rasa tercekik air liur kat tekak.. huhu.. power ayat-ayat semangat dia.. Makanya, terhendap-hendap lah aku dalam library, cari bahan dan membaca.. tp 1 je masalah, tak jumpa2 apa yg nak dicari..nak menjerit dan menangis pun ada.. tp aku pujuk hati, jgn mudah kalah, kita kene jadi pemenang!

Aku tinggal di blok asrama di tingkat ke-4.. kemarin naik turun tangga sudah 3kali, dah rasa longgar tumit kaki.. huhu..cekalkan hati dan tabahkan diri.. semoga Allah meredhai..ameenn..

Doaku dalam hati.. semoga diri'mu' menjadi tabah seperti diriku jua.. kerana 'mu' ada bersamaku di mana sahaja..

Wassalam..

1 comment:

  1. amen....smga dirinya setabah n sekuat dirimu k.long...anak mujahidah tu....

    ReplyDelete

salam