Monday, March 30, 2009

merdekakan hati kita duhai sahabat!!!!

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Sunday, March 29, 2009

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah.....Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah...Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah....Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah..Taubatku ini...

_________________________________

p/s: cubalah fahami...

*marjaat85*

Tuesday, March 17, 2009

HADIS 1-menjaga aib saudaranya

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

1. lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.
2. bila mana teman anda mempunyai kekurangan, hal yang lebih utama dilakukan adalah bicara empat mata, bukan membicarakannya dengan orang lain.
3. diperlukan kebijaksanaan dan usaha agar kita tidak membicarakan kekurangan dan aib pribadi orang lain di hadapan khalayak.
4. orang akan lebih mudah menerima nasihat, bila nasihat itu diberikan dengan cara yang baik.

Friday, March 6, 2009

ANTARA KELUARGA DAN DAKWAH

Kadangkala mendakwahi saudara senasab (keluarga) jauh lebih sulit dan rumit daripada mendakwahi orang lain. Padahal keluarga adalah lingkungan terdekat kita. Alangkah baiknya jika mereka menjadi supporter dalam perjalanan dakwah yang mana kita boleh berkongsi cerita bahkan berkongsi beban dakwah bersama….oh! alangkah indahnya…. Namun tak banyak yang dapat nikmat demikian justeru disebaliknya, malah keluarga menjadi penentang utama aktiviti dakwah kita. Boleh jadi hal ini disebabkan ketidakpekaan kita terhadap kebutuhan orang-orang yang kita sayang itu. Mereka hanya merasa kita sebagai tempat pengaduan apabila sakit dan saat kehabisan wang..

Mari kita menyelami sejenak ke zaman Nabi SAW gerakan dakwah yang dibuat oleh Nabi dan sahabat2 baginda dalam menerapkan misi Islam kepada umat dan masyarakat tanpa mengabaikan keluarga.. pernah sahabat Nabi disuruh oleh baginda supaya tidak ke medan jihad kerana sahabat ini masih bermasalah dengan Ibubapanya yang perlu diselesaikan… islam sendiri telah meletakkan keutamaan taat kepada ibubapa selagi tidak barcanggah dengan agama. Oleh demikian ana ingin mengajak diri ana, para pendakwah dan pembaca sekalian berfikir apakah kita pernah menunaikan hak2 mereka dalam memenangi hati mereka agar memahami tugas2 sebagai seorang pembela agama??? Pernahkah kita ……???

Menyampaikan dengan cara yang baik
Posisikan keluarga kita sebagai target dakwah. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang keras terutamanya terhadap orang tua apabila kita meminta izin ke Medan perjuangan. Carilah saat2 santai untuk menyampaikan hasrat kita untuk bergerak dengan aktiviti dakwah dengan memahamkan mereka tentang Islam dan tugas seorang muslim terhadap agamanya. Disamping itu jangan lupa mengawalinya dengan menyampaikan berita2 yang membahagiakan mereka dgn prestasi kita yang membuatkan mereka bangga.

Selesaiakan kewajipan sebelum keluar rumah
Salah satu hal yang membuatkan keluarga kita keberatan dengan kesibukan kita adalah kewajipan yang tidak dikerjakan. Maka, pastikan seluruh pekerjaan rumah selesai sebelum kita berangkat untuk beraktiviti di luar. Hal ini juga menghindarkan kita dari zalim terhadap keluarga.

Peduli
Jalinkan komunikasi yang baik dengan anggota keluarga. Dengarkan mereka berbicara sebagaiman kita sabar dengan mendengarkan keluh kesah sahabat2 dakwah.. munculkan idea2 solutif dan sekiranya kita tak mampu memberi solusi minimal memperlihatkan keperhatian (kepedulian) kita terhadap permasalahan mereka.

Tumbuhkan kepercayaan
Ketika meminta izin, kadangkala orang tua mengingatkan kita agar pulang pada waktu yang mereka mahukan. Patuhilah batas waktu tersebut selama itu memungkinkan. Buat mereka percaya bahawa kita mampu mengatasi masalah peribadi .

Tunjukkan perubahan yang lebih baik pada keluarga
Sebagai bukti kebenaran dakwah yang kita usung di hadapan keluarga adalah perubahan kita menjadi peribadi yang lebih baik. Hal2 positif yang kita bawa dari luar rumah melahirkan kepercayaan dan keyakinan keluarga bahawa lingkungan dan aktiviti kita di luar dipenuhi dengan hal2 baik.

Lakukan pendekatan pada ‘bos rumah’
Di setiap rumah biasanya ada tokoh yang mendominasi berbagai kebajikan. Dia adalah orang yang hampir semua ucapannya direspon baik oleh anggota keluarga lain. lakukan pendekatan pada tokoh ini.

Tumbuhkan simpati
Ada banyak hal menyentuh yang kita rasakan dari interaksi dengan aktivis dakwah lain. ceritakan hal tersebut pada keluarga dengan memuji teman2 di hadapan mereka agar timbul simpati.

Jangan menyerah!
Optimis semua akan baik2 saja jika kita berusaha. Jangan lupa berdoa dan meletakkan keyakinan dengan apa yang kita kerjakan kerana Allah. Dan Allah lah yang menentukan kejayaan setiap perancangan kita.

Tuesday, March 3, 2009

pertanyaan dan jawapannya....



Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. - Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". - Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi !......
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. - Surah Yusuf ayat 12

untukmu mujahidah sejati......


Mujahidah sejati
Intan permata mutiara roh mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai


Mujahidah sejati
Engkaulah srikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza
Kerana di asuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-Qur'an dan as-Sunnah
Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan
Isi dunia...
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah khadijah, A'isyah, Fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma 'ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa…