Niat
- Setelah ingin bersolat, maka hendaklah dia niatkan solat yang ingin didirikannya. Dan disyaratkan menghadirkan dalam hati perkara-perkara niat, iaitu: jika
1- Solat fardhu: Qasad, taarud dan ta’yin.
2- Solat sunat berwaktu dan bersebab: Qasad dan ta’yin.
3- Solat mutlak (semata-mata solat) : Qasad sahaja.
Contoh niat ialah: Aku ingin bersembahyang fardhu zuhur, kerana Allah SWT. Dan tidak disunatkan melafazkan niat, kecuali jika dilafazkan, ia membantu memudahkan niat. Dan tidak disunatkan membaca apa-apa bacaan sebelum bertakbir, kerana permulaan solat ialah takbir.
Takbiratul Ihram
- Setelah berniat, maka hendaklah bertakbir. Dan di dalam takbir itu, maka hadirkanlah keagungan dan kebesaran Allah SWT. Dan janganlah dinyaringkan takbir, kecuali bagi imam. Dan tidak boleh bagi makmum bertakbir mendahului imam atau bersama imam. Dan disunatkan baginya terus bertakbir setelah imam selesai bertakbir, dan jangan melengah-lengahkannya. Lafaz takbir ialah:
اللهُ أَكْبَرُ
Masalah Muqaranah Niat
Berkata Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, dalam kitabnya Sabilal Muhtadin, juz 1, m/s 195: “Tetapi memilih Imam Nawawi di dalam “Majmuk” akan yang telah dipilih akan dia oleh Imamul Haramain dan Imam Ghazali bahawasanya memadai pada niat itu muqaranah urfiyyah, pada orang yang awam…Dan kata setengah mereka itu, bermula murad (maksud) dengan dia bahawa dipadakan (memadai) menghadirkan niat dahulu sedikit daripada takbir dan jika lalai ia daripadanya di dalam takbir sekalipun. Dan muwafaah (sama) akan dia atas taswir (gambaran) ini segala imam yang tiga, iaitu Imam Abu Hanifah, dan Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal r.a”
- Semasa bertakbir, disunatkan mengangkat kedua tangan, dan tapak tangan itu dibuka dan dihadapkan ke arah kiblat. Kedua tapak tangan disunatkan menyamai bahu, dengan dua ibu jarinya menyamai dua cuping telinganya.
__________
p/s: harap pembaca dapat bezakan antara lafaz di mulut dan niat di hati... ('',)
No comments:
Post a Comment
salam