Friday, May 6, 2011

Puisi Untuk Mu..

Puisi Untuk Mu..
**********************
Muslimah, Jawatan, Jemaah, Ukhwah,
Saling bersilang selang seli, menyelit dalam hati,
Bukan mudah membuang keruh,
Kerana tiada usaha mencari jernih,
Engkau mengata aku,
Aku mengata engkau,
Aku dan Engkau begitu begini,
Musuh ketawa geli,

Hai Ketua, ingat kamu menang lebih 3 undi cuma,
Kata syaitan dalam hati, jangan kamu hormati dia,
Kata nafsu dalam diri, jangan kamu dengar katanya,
Nafsu bergelumang dengan syaitan..
Musuh ambil peluang mudah
Yang retak semakin merekah
Yang longgar semakin tersasar..

Wahai Muslimah yang mengaku Mujahidah,
Sedarlah, insaflah
Musuh sebenar bukan berada di dalam,
Musuh besar berada di luar,
Buka Minda, Bukalah hati,
Masa tidak akan menunggu,
Kita hanya tunggu PRU,
Untuk menumpahkan peluh keringat demi Islam,
bukan tertumpah kerana jawatan !!

***********************************
p/s: puisi ringkas ku tujukan untuk Muslimat Pas Kwsn P.Puteh, terlalu banyak konflik dan mehnah... cabaran untuk diriku jua.. Ya Allah, tabahkan hati ini..

No comments:

Post a Comment

salam