Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Apam Jagung Kukus


Assalamualikum wbt..kaifahalukum.. apa khabar semua? harapnya dalam kondisi yang stabil dan santai.. Hari ni Marjaat rasa nak posting kan satu resepi yang mudah, menarik dan sedap dengan para pengunjung sekalian.. Resepi yang dicopy paste dari mane ntah, dah lupa.. tengok pada gambarnya tuh, fuhh.. terliur di buatnyaa kan? (duduk kat asrama ni baru terasa nak makan yang pelik-pelik, mengidam itu ini.. sbnrnya rindu nak balik rumah-uwaaa...)

Kenapa saya berminat dengan Apam Jagung Kukus? hehe.. sbb, kat rumah hanya ada kukusan, tak ada pembakar kek (oven/microwave).. gitulah alkisahnya.. oven nya dah rosak gara-gara kuat sgt buat biskut raya tahun-tahun yang lepas.., hehe.. Raya tahun ni nmpaknya xbuat biskut lah, mungkin buat kueh-mueh yang menggunakan periuk kukusan dan barang2 lain shj.. kalau tak pun beli je biskut/kek kat kedai (cara wanita moden yang malas.. hihi).. 

Ok, dibawah ni ada dua cara/resepi Apam Kukus Jagung.. cubalah yang mane satu rasa berkenan, cuba kedua-duanya pun xde masalah.. kenelah rajin dok kat dapur dan memasak.. itu tips isteri solehah.. ('',)
RESEPI PERTAMA :-
 
Bahan A
½ tin jagung manis dalam tin
1 cawan gula
6 biji telur
1 cawan majerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air

Bahan B
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder.

Cara:
1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar.
2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit.

Cadangan Hidangan:
jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai.

RESEPI KEDUA :-

Bahan-bahan:
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm krim jagung
225gm tepung naik sendiri
Kismis hitam utk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dgn kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.
3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan
mentega dan kacau rata.
4. Masukkan susu segar di selang-seli dengan lebihan tepung. Kaup balikkan
menggunakan spatula.
5. Sementara itu panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dgn kain supaya
air dari bhg dalam tudung tidak menitis ke atas apam.
6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai, hiaskan dgn kismis hitam dan
kukus selama 15minit.
7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
________________________________________________________________
ok, selamat mencuba dan merasa Apam Jagung Kukus yang enak... !!!  ('',)
Wassalam...

Thursday, December 24, 2009

Nasi Minyak Asas

Assalamualaikum, hari ini rasa nak posting satu resepi yang kira enak lah jugak.. dicopy dan di edit dari blog
http://www.ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
Belajar masak-memasak ye kawan2 semua.. persediaan utk masa dpn.. huhu.. selamat mencuba dan merasa..


Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)
  • 3 cawan beras - basuh dan toskan.
  • 3 cawan air
Campuran Minyak:-
Cara A:
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3 sudu besar marjerin
Cara B:
  • 3/4 cawan minyak jagung
Cara C:
  • 1/2 cawan minyak masak biasa
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
  • 1/2 cawan minyak masak biasa
  • 3 sudu besar minyak sapi
Cara E:
  • Setengah cawan minyak jagung
  • 3 sudu besar minyak sapi

Bahan Tambahan:-
  • 1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 cm halia (tumbuk/hiris)
  • Daun pandan
  • sedikit kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • 3 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil gula
  • 1 cawan susu cair
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.


Nota: Kalu boleh, nasi ini jangan dikacau banyak kali, cukup 2 kali sahaja - pertama semasa beras baru dituang ke dalam airnya dan kedua ketika nasi baru mengering dan tempat tekanan periuk elektrik sudah naik ke atas.

Thursday, June 18, 2009

Kueh Apam Nasi


Bunyinye pelik dan tak pernah dengar, tp hakikatnya wujud dan dah dibuat.. Diorg kata sedap dan enak, cubalah yea kawan2.. Menu Resepi kali ini bertemakan 'Kueh Tradisional Melayu'.. Hehe, selamat mencuba..



Assalamualaikum...

Resepi paling mudah yang pernah umi cuba...dapat dari kakak umi..mak ngah Yati...apam manis yang mudah dan sedap...dah ramai yang mencuba apam ni memang menjadi...

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk + sedikt air dan diblender halus
1 cawan air + 1 paket yis kering (mauripan)
1 cawan gula

Cara-caranya

- gaul semua bahan menjadi sebati dan tidak bergentel-gentel
- kalau nak bubuh pewarna pun boleh..umi suka natural je..putih..tapi anak-anak suka warna hijau.
- biarkan kembang dalam 10- 15 minit
- kukus dalam bekas yang comel-comel tu.. tapi jangan lupa letak sedikt minyak pada acuan tu supaya tidak melekat....

Selamat mencuba untuk kebaikan seisik keluarga...

Monday, June 8, 2009

Pindang Mackerel

* p/s: ikan mackerel? ooo, rupa2nya ikan kembung. hehe. nak bg nampak 'hilir' skit buh nama 'ikan mackerel', padahal ikan kembung je.. hihi. xpe lah yea.. tgok kat bahan2 dia, nmpk mcm sedap. ringkas dan cepat, jimat masa nak buat.. kepada bakal2 isteri tu boleh lah cuba buat dan rasa, amat sesuai utk isteri solehah yg berkerjaya.. kui,kui.. =) "Selamat Mencuba"

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan mackeral/kembung bersaiz sederhana
2 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
1 ulas bwg besar - potong tegak belah 6
5 biji cili padi -tumbuk
1 inci kunyit hidup -tumbuk
1 btg serai -ketuk
1 inci halia -hiris
1 helai daun kunyit -koyak2kan
2 keping asam keping
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan 1 mangkuk air dlm periuk dan didihkan.
2. Bila air dah didih masukkan semua bahan tumbuk, bwg besar potong tegak, serai, daun kunyit,halia & asam keping.
3. Reneh guna api sederhana sehingga semua bahan mesra.
4. Kemudian, masukkan ikan. Tutup periuk & biar ikan masak sempurna.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam & sedikit lagi asam jawa.
6. Gaul perlahan2 utk mengelakkan ikan hancur.