Showing posts with label Subhanallah... Show all posts
Showing posts with label Subhanallah... Show all posts

Monday, October 31, 2011

BER'ENGLISH' SEKEJAP YERR..


Illustration of prenatal development, from the two-cell, or zygote, stage through the embryonic stage, in which the major body systems develop, to the fetal stage, during which the baby's brain develops and the body adds size and weight.
(Illustration by GGS Information Services.)
  • Week 3: Beginning development of the brain, heart, blood cells, circulatory system, spinal cord, and digestive system.
  • Week 4: Beginning development of bones, facial structures, and limbs (presence of arm and leg buds); continuing development of the heart (which begins to beat), brain, and nervous tissue.
  • Week 5: Beginning development of eyes, nose, kidneys, lungs; continuing development of the heart (formation of valves), brain, nervous tissue, and digestive tract.
  • Week 6: Beginning development of hands, feet, and digits; continuing development of brain, heart, and circulation system.
  • Week 7: Beginning development of hair follicles, nipples, eyelids, and sex organs (testes or ovaries); first formation of urine in the kidneys and first evidence of brain waves.
  • Week 8: Facial features more distinct, internal organs well developed, the brain can signal for muscles to move, heart development ends, external sex organs begin to form.
By the end of the embryonic stage, all essential external and internal structures have been formed. The embryo is now referred to as a fetus. 

Fetal stage
Prenatal development is most dramatic during the fetal stage. When an embryo becomes a fetus at eight weeks, it is approximately 3 centimeters (1.2 inches) in length from crown to rump and weighs about 3 grams (0.1 ounce). By the time the fetus is considered full-term at 38 weeks gestation, he or she may be 50 centimeters (20 inches) or 3.3 kilograms (7.3 pounds). Although all of the organ systems were formed during embryonic development, they continue to develop and grow during the fetal stage. Examples of some of the major features of fetal development by week are as follows:

  • Weeks 9–12: The fetus reaches approximately 8 cm. (3.2 in.) in length; the head is approximately half the size of the fetus. External features such as the face, neck, eyelids, limbs, digits, and genitals are well formed. The beginnings of teeth appear, and red blood cells begin to be produced in the liver. The fetus is able to make a fist.
  • Weeks 13–15: The fetus reaches approximately 15 cm. (6 in.) in length. Fine hair called lanugo first develops on the head; structures such as the lungs, sweat glands, muscles, and bones continue to develop. The fetus is able to swallow and make sucking motions.
  • Weeks 16–20: The fetus reaches approximately 20 cm. (8 in.) in length. Lanugo begins to cover all skin surfaces, and fat begins to develop under the skin. Features such as finger and toenails, eyebrows, and eyelashes appear. The fetus becomes more active, and the mother can sometimes begin to feel fetal movements at this stage.
  • Weeks 21–24: The fetus reaches approximately 28.5 cm. (11.2 in.) in length and weighs approximately 0.7 kg (1 lb. 10 oz.). Hair grows longer on the head, and the eyebrows and eye lashes finish forming. The lungs continue to develop with the formation of air sac (alveoli); the eyes finish developing. A startle reflex develops at this time.
  • Weeks 25–28: The fetus reaches approximately 38 cm. (15 in.) in length and weighs approximately 1.2 kg (2 lb. 11 oz.). The next few weeks mark a period of rapid brain and nervous system development. The fetus gains greater control over movements such as opening and closing eyelids and certain body functions. The lungs have developed sufficiently that air breathing is possible.
  • Weeks 29–32: The fetus reaches approximately 38–43 cm. (15–17 in.) in length and weighs approximately 2 kg (4 lb. 6 oz.). Fat deposits become more pronounced under the skin. The lungs remain immature but breathing movements begin. The fetus's bones are developed but not yet hardened.
  • Weeks 33–36: The fetus reaches approximately 41–48 cm. (16–19 in.) in length and weighs 2.6–3.0 kg (5 lb. 12 oz. to 6 lb. 12 oz.). Body fat continues to increase, lanugo begins to disappear, and fingernails are fully grown. The fetus has gained a high degree of control over body functions.
  • Weeks 36–38: The fetus reaches 48–53 cm. (19–21 in.) in length is considered to be full-term by the end of this period. Lanugo has mostly disappeared and is replaced with thicker hair on the head. Fingernails have grown past the tips of the fingers. In a healthy fetus, all organ systems are functioning.

Friday, March 11, 2011

Siapa Asma' Mahfouz..??

Aku salute Asmaa Mahfouz. Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group “Gerakan Pemuda 6 April” di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.

Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau tidak terlepas dari ugutan pemerintah rejim pro APCO Israel itu. Beliau dan keluarga menerima tekanan dari pemerintah rejim itu. Kerjaya Asmaa sebagai akauntan juga diragut oleh pemerintah. Akibat aktiviti politiknya itu, Majikannya Al-Shaimaa memecat Asmaa.

Dalam tempoh waktu 19 hari revolusi Mesir, Asmaa bertindak aktif menyuarakan gerakan pro demokrasi dalam laman sosial seperti Youtube, twitter dan facebook dalam usaha menjatuhkan diktator Mubarak. Usahanya menyuarakan suara demokrasi cukup berkesan sehingga pemerintah baru Mesir ingin berjumpa dengannya tetapi pelawaan itu ditolak Asmaa. Diharap rakan-rakan blogger pro Pakatan Rakyat dapat menjadikannya sumber inspirasi untuk berblogging lebih mantap dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN.

Video Asmaa dimuat turun ke laman youtube pada 16 Januari mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube. Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.

Sambung cerita awek cun si Asmaa tadi. Setelah video tersebut dimuat turun ke dalam youtube, Asmaa datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya untuk protes tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.

Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. “Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?”

“Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari.” Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.

“Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari,” demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!

“Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita.”

“Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah,” ujar Asmaa. Salute Asmaa! 
- keretaburuk12 http://keretaburuk12.blogspot.com/2011/02/blogger-pakatan-wajib-kenali-srikandi.html
dicopy dari:-
http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/02/siapa-awek-cun-ini.html

Friday, March 4, 2011

TOMATO kegemaranku.. ('',)

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.

Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato danproduk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting.
 
Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapatimenjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat. Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.
 
Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.

Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit otot dan pelbagai.

Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.

Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudahdidapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser danmeningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistempertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.
 
Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahansetiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan tomato sebahagian daripadanya.
 
Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk kesegaran fikiran.

Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:-
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

________________________________________________________________

p/s: dulu saya tak suka tomato. kalau makan pun yang sudah dimasak/digoreng sampai lembek. kalau yang masih segar dan keras, rasanya macam nak termuntah je..hehe.. tp sekarang tidak lagi. sejak kawan saya (ukhti k.cik aishah) mempromote makan tomato, katanya bagus utk wanita lebih2 lagi baik utk kulit.. (^_^). dia pun ajarlah cara nak makan dengan lazat tanpa rasa nak termuntah.. haha..

begini: ambik tomato segar, kerat/hiris nipis2 macam hiris bawang atau potong dadu macam buah dadu la, lpas tu ambik sekeping atau seketul yg telah dihiris, bubuh dalam kepalan nasi dan suap dalam mulut.. pastu kunyah macam kunyah nasi dan lauk biasa.. bayangkan sesuatu yg sedap seperti ayam goreng ke, pizza ke dll.. haha.. pastu telan la.. kan mudah.. sekarang tomato yang banyak khasiat tu dah berada dalam perut kita..


sejak hari tu, saya memang sukakan tomato. tapi kene makan dengan nasi la, buat ulam macam pegaga ke, kacang botol ke dll.. jadilah hidangan saya setiap hari nasi ulam tomoto.. sedap tau!!


sekadar perkongsian ilmu dengan sahabat2 semua.. tp ingat! makan untuk hidup atau hidup untuk makan? kalau nak dapat pahala, niatkan makan untuk kesihatan dan kesihatan yang baik untuk buat ibadah kepada Allah swt sebagai hamba-Nya..Ingat tu !!


Syukran k.cik di atas ilmu yang bermanfaat dari kamu.. sekarang abah dan umi pun suka makan nasi dengan ulam tomato, tiru macam saya.. tomato kat kedai paling murah rm2 sekilo dan paling mahal rm4 sekilo.. jimat budget kan? berjimat cermat sambil menjaga kesihatan.. ('',)


wassalam, selamat mencuba !!

Monday, September 13, 2010

Salam Eidilfitri

Assalamualaikum wbt,
Salam Lebaran Syawal, Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya.. dan banyak lagi salam dan selamat..
alkisah cerita pada kali ini adalah berkisar tentang sambutan hari raya Aidilfitri kami sekeluarga.. (^_^)

  • APA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • SIAPA: Saya dan Keluarga (Abah, Umi, Abe Zul, Apih, Zaki, Fatim) bersama keluarga sepupu dari KL (Abe Zul, Kak Zah, Abid, Ammar, Walid)
  • BILA: Hari raya laarr, bila lagi.. hehehe (raya ke-3)
  • DI MANA: kat rumah ku Teratak Hijau Syahdu, Kg Telipot, Pasir Puteh, Kelantan
  • BAGAIMANA: Kurang meriah, kurang best..
  • MENGAPA: sebab Kak Muni tak balik beraya kat Kg tahun ni.. dia beraya kat Sandakan je.. sedih xleh nak cubit Faez dan Wafa.. tapi pagi raya tu dah ber'webcam' dgn mereka.. kira kesedihan tu berkurang la skit.. alhamdulillah.. Kueh Raya pn x buat, beli je.. yang buat adalah Puding Laici, Puding Biskut Marie (yang ni recycle Kek Batik Fatim yg x menjadi..huhu), Puding Jagung, Puding Koko Radik.. hehe.. aneka puding-pudingan yang simple tp enak.. kek x pandai nak buat, raya tahun lepas buat kek coklat kukus, adunan kali pertama ok lg, adunan kedua dah ko.. hihi.. mmg xde kepakaran la dalam bidang kek-kek ni.. Sori la.. Menu pada hari raya pertama adalah Rendang ayam HPA, alhamdulillah menjadi, makan dgn nasi himpit (kapit.. hihi) campur dgn kuah kacang.. kira ok la.. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari-Nya.. Satu lagi sebab jadi kurang best adalah saya dah xdapat duit raya.. huahua, sedihnya.. org yg masih belajar je dapat duit raya, saya ni mereka kata dah kira overdue.. hehe.. xpe2, nanti kite sambung master, kira belajar jgk la yea.. hehe.. Peristiwa paling kurang best yg berlaku adalah spek ku yg hensem ni patah, dlm foto tu sbnrnya saya pakai spek patah la, tp x perasan sbb saya dah gam'gajah'kan.. hehe.. pastu ingatkan boleh la bertahan dua tiga tahun lagi spek tu, tp rupa2nya x sampai pun dua jam.. prakkk.. patah balik.. skrg ni saya dah buat spek baru la.. hehe.. hadiah hari raya.. Alhamdulillah..


Inilah keluarga kami yang bahagia. Berdiri: Abe Zul (Abg Long). Duduk dari kiri: Abe Zul (suami sepupu), Walid Faruqi, Abah, Umi, Kak Zah (sepupu), Saya (yang x sempat nak posing baju raya.. hehe), Fatim (pun sama). Duduk kat bawah dari kiri: Azfar Abidin, Muammar Mubarak, Zaki.

Orang yg sama, tempat sama, cuma tukar Hafiz je kat depan tu.. bergilir snap gambar dgn zaki.. tgok Abe Zul yang berdiri tu dah boring nak senyum.. hehehe, macam kerang busuk je.. sori, jgn marah.. (^_^)

Monday, May 17, 2010

Haza Min Fadhli Rabbi.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt.. ok, dah ada pun gambar budak2 ni.. jom meh tengok jap.. apa persamaan dan perbezaan antara keduanya.. gambar adik wafa saya ambik dari Facebook babanya, Mohd Ridzuan. Tadi saya dah cuba bluetooth dari hp umminya, tp masih fail sbb something error.. entahlah kenapa.. Apapun, pic kat bawah ni dah kira ok.. khas untuk tatapan sahabat2 yang setia dengan blog ini.. syukran jazakallah.. 

ni gambor Ahmad Faez Muttaqen berumur sebulan lebih kurang..


ni pun gambar faez juga.. hehe



dan... inilah dia rupa anak keponakan saya yang baru, Nur Wafa Maisarah Binti Mohd Ridzuan.. fuhh, panjangnya nama.. nanti nak isi borang ni susah lah, huhu.. saya teringat nama anak sulung Imam Hassan al-Banna pun nama Wafa.. sbb isterinya digelar Ummu Wafa.. betul tak? cuba kawan2 check balik..




 ni pun gmbr wafa lagi.. hehe.. umur lebih kurang seminggu kot sbb ni masih kat rumah mereka kat Sandakan

Sunday, May 16, 2010

Berjalan, Melihat, Mentafsir...

Assalamualaikum wbt.. bertemu kembali kita di ruang maya. Terima kasih kepada mereka yang masih setia mengikuti perkembangan blog yang tidak seberapa ini. Selamat Hari Guru kepada kawan-kawan yang telah bergelar guru. Terharu rasanya bila dikenangkan kembali perasaan dan pengalaman guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya sehingga ke hari ini. Alhamdulillah pada malam ni datang semangat baru untuk mencoretkan sesuatu sempena hari guru, kalau dilihatkan memang dah lama saya tidak menulis.

Kenangan paling best masa saya di Sekolah Rendah Othman Talib 2, Tendong, Pasir Mas yaitu dari darjah 1 sampai 4. Memang saya terkenal sebagai anak murid yang nakal, malas, degil dll. Darjah 3 Cikgu Yuhana lantik saya jadi penolong ketua kelas mungkin kerana badan saya lebih besar dan tinggi berbanding dgn murid2 lain, kalau nak ikutkan xde apa2 kelebihan pun pada aspek yang lain.. Ketua kelas waktu tu nama Abdullah (kalu tak silap), perangai lebih kurang sama je, orang kata 'palo pengat'. Orang Kelantan tahu istilah ni. hehe. Masa tu cikgu xmasuk kelas entah pegi mane, jdnya saya dan ketua pun buat perancangan satu permainan menggunakan penyapu, penyodok dan sewaktu dengannya. huhu.

Nak tahu main apa? Permainan ni perlukan 2 orang, sorang sebagai penggerak penyapu dan sorang lagi sebagai pelompat batang penyapu. Masa tu kami semua dah ada semangat memenangkan gender, maka berlawan lah lelaki dan perempuan, siapa paling lama dapat melompat batang penyapu tanpa jatuh dan tersepak.. lawak2.. Makanya natijah dari permainan dan peristiwa itu, patah lah 2 batang penyapu yang tidak bersalah apa2.. kerana dipijak oleh mereka yang gedempol (termasuk saya lah tu! huhu)

Sedang syok2 bermain dan bersorak tu, cikgu Yuhana pun datang lah tanpa disedari semua orang.. Tup, tup bunyi tapak kasut dia di belakang saya.. Ya Allah, habislah aku..(kawan2 boleh imagine sendiri bagaimana kondisi mulut dan jantung saya).. Dia pun tanya dengan suara yang lembut je, xde tengking2 pun: Sapo suruh main gini? Sapo wat patoh nyapuh nih? .. semua murid lain senyap dan serentak berpaling ke arah saya. Dah sah cikgu memang dah boleh agak apa jawapan kepada soalan dia td.. Kesimpulannya semua murid kene beratur terima cubitan + pulasan di perut yang amat perit dari Cikgu Yuhana.. Hukuman tambahan kepada orang yang mencetuskan idea permainan ni (aku lah tu) adalah kene sapu lantai kelas dengan penyapu yang patah tu. Kawan2 boleh bayangkan batang penyapu yang pendek dan kondisi saya yang terbongkok2 macam nenek kebayan.. huhu. terseksa belikat dan belakang.. Balik rumah x bagitau pun umi dan abah sbb dah tahu kalu mengadu kene tambah lg teruk hukuman (kene rotan dah biasa sampai biru lebam) .. Inilah kenangan paling diingati sewaktu sekolah rendah.. =) ok, stakat ni je dulu coretan memori silam.. kalau ada yang terlibat sama dalam peristiwa itu, mungkin anda sedang tersengih waktu ni..

 *** kali ni saya upload kan foto2 kenangan di Pulau Sabang untuk dikongsikan bersama rakan2 yang tidak berpeluang menyertainya..:-


inilah pandangan pantai dari pesisir laut tanah besar aceh, dirakam dari atas feri sebelum bertolak..

inipun sama juga, nampakkan deburan buih2 kecil dan besar bila feri mula bergerak.. first time saya naik feri, di Malaysia xpernah naik pun, berpeluang naik feri di negara orang.. Alhamdulillah.. kenangan di sini, kami terpaksa duduk ditepi pagar kat laluan orang sbb xde tempat duduk di dalam feri (saya bayangkan seperti pendatang asing yang terpaksa bersesak-sesak duduk mencgkung dan bersila ats kapal).. huhu, kesian kami..

dah sampai Pulau Sabang, ni pandangan pantainya. Cantik kan? orang kata warna biru laut yang indah.. Subhanallah..

ni pandangan salah satu jeti di Pantai Sabang entah nama apa kat sini dah lupa pulak.. bukan nak fokus pada lelaki yg kat hujung jeti tu kalau kawan2 perasan.. hehe, cuma nak ambik gmbar laut yg cantik..

dirakam dari atas kubu jepun yang ada di salah satu tanjung pesisir laut Sabang.. orang kata di kubu inilah jepun menyerang kapal2 laut British yang mahu masuk ke aceh..

Subhanallah, ni adalah gambaran air panas yang menggelegak di puncak gunung berapi di Pulau Sabang.. pic yang berharga dirakam oleh dihan, syukran ya.. orang-orang yang sanggup tahan bau dan ada stamina boleh sampai ke kemuncak ini..

inilah picture paling berharga kami.. nampakkan asap yang keluar tu?.. cantik tapi baunya masyaAllah, seperti telur tembelang. Saya rasa bau gas kimia Nitrogen sbb berbau tengik, gas ini kalau berlebihan dihidu boleh membawa maut.. Alhamdulillah xde pape berlaku masa tu, cuma saya rasa sedikit pening..

Wednesday, February 3, 2010

Dari Tokek Sampai Bokbong: Semua Ciptaan Allah Ada Gunanya..

Assalamualaikum wbt.. hari ni terasa nak berkongsi dgn kawan2 semua satu topik yang best la jg.. cuba baca semula judul kat atas tu.. hehe.. lawak kan? kawan2 tahu tak apa tu 'Tokek'? ia sbnrnya sejenis binatang yang x ada kat malaysia, cuma kat indonesia je.. betul tak? saya pun xpasti lg sbnrnya, tp tokek tu ana xpernah jumpa lah kat malaysia sampai ke hari ni.. entah la kan kot2 satu hari nanti spesis tu akan maujud di malaysia.. akhir zaman ni semua berlaku.. tiada yang mustahil dgn kuasa Allah SWT..

kenapa saya boleh tergerak hati nak tulis posting pasal ni? ada kisahnya.. hehe..

*(Cerita lakonan sandiwara ini sudah diadaptasi dari cerita asal).. hehe
Pada suatu hari, binatang tokek tu berbunyi dgn kuat lah jg kat tingkap bilik kami, pastu kawan2 sebilik pun sibuklah mencari-cari punca bunyi tu. sampai ada yg nak rakam.. pastu ada sorang sahabat ana tercetus idea berkata "kuatnya bunyi tokek ni, lucu pun ada, seram pun ada".. huhu.. pastu ada sorg menjampuk "tringat ambo kat bokbong la weh bila dgr bunyi tokek ni".. fuh.. macam2 crita boleh timbul bila dok ramai2 ni.. pastu ada sorg budak pahang menjawab "bokbong tu binatang macam mane ya?, pernah dengar tp xpernah tengok"... sorg budak kedah pun membalas "bokbong tu ekoq dia lebat macam tupai la".. ooo ye ke ana pula membalas.. pastu sorg budak kelantan menyampuk perbualan mereka-mereka tu "bokbong ni macam musang la, bukan macam tupai".. aik, pelik ni, macam2 fatwa dan teori sudah tercetus.. yg mana satu betul ni.. konfius2..
makanya, ada sorg lagi memberi idea genius "kenapa tak cari dlm internet je gmbar bokbong tu, baru tahu kesahihannya".. bagus2, betul jg.. idea yg bernas..
alkisahnya, bermulalah pencarian dlm search engine google.. semua dok berkerumun dpn 1 laptop.. huhu.. semua bersemangat nak tgok bokbong.. cari punya cari.. maka jumpalah ini semua:-

ini gambar tokek, cantik kan corak kulit dia, bintik2 merah.. subhanallah.




ini tokek warna kuning.. sepertinya tokek albino.. hehe, tak cukup pigmen warna pada tubuhnya.. tp semuanya adalah kejadian dan ciptaan yg Maha Kuasa Allah SWT..


ini haiwan 'beaver' - memerang, cuba tengok ekornya yg leper..

ini pun beaver jg, tgok dia duduk atas ekor dia.. hehe jd macam tikar alas duduk pula, banyak guna ekornya kan? subhanallah..


inilah rupanya musang, ekor dia panjang dan muka macam kucing..


ini pula berbagai jenis musang- kesimpulannya adalah musang ni jenis ekor panjang..





ini pula platipus.. muncung macam itik dan ekor pun leper, dia haiwan jenis mamalia sbb melahirkan dan menyusukan anaknya, berdarah panas macam manusia tp boleh tinggal dalam air.. subhanallah..



ini ialah biawak komodo, tinggal dalam air, ganas sbb jenis pemangsa jg, karnivor.. lbh kurg macam buaya lah senangnye.. tgok kaki2nya tu.. boleh berdiri dgn tinggi, bukan macam biawak kat rumah di malaysia badan rapat ke tanah.. komodo ni hanya terdapat di Indonesia.. gambar dia ada pada duit coin 50rupiah kalu tak silap, cuba check ya..



ni tak pasti sbnrnya, sama ada buaya atau biawak atau dinasor atau haiwan dlm filem org puntis.. entahlah.. heee, seram tgok muka dia kan..



lamaya pencarian, dah lah panas dok dalam bilik ni sbb kipas rosak.. huhu.. dugaan dunia sungguh, panas di akhirat kita tak tahu lagi kan takat dia brapa celcius.. panas dunia dah mengeluh.. belilah kipas baru kalau tak tahan panas.. tp kalu kat akhirat ada org jual kipas ke???.. huhu.. cuba2 lah muhasabah diri.. koreksi amalan..
alhamdulillah.. akhirnya pencarian berjaya..
inilah haiwan nama bokbong, nama saintifik dia monggoose, spesis asal mausul dari india.. ada artikel dia tu dalam bahasa inggeris dia bilang : ganasnya haiwan bokbong ni boleh mengalahkan ular tedung selar.. subhanallah.. kecil2 cili api ni..

teringat pula masa kecik2 bila time mengamuk... ummi selalu kata "jangan jerit (menangis melaung) malam2, nanti bokbong mari, bokbong kekoh (gigit) la budok2 dok bising ni" huhu.. pastu kami pun diam serta merta, takut dan seram.. pastu kami pun tanya ummi balik "binatang bokbong tu lagumano ummi?".. dia pun jawab.."bokbong tu bahaya, besar, dok diam la, nanti bokbong mari" hehe.. ummi jawab sbnarnya jawaban yang tidak menjawab pertanyaan.. jdnya sampai sekarang kami tak kenal haiwan bokbong ni macam mane bentuk dia.. hehe.. tp xpe, jawaban ummi tu myebabkan otak kami ligat berfikir, besar macam gajah ke? bahaya macam harimau ke? atau besar macam dinasor? bahaya macam buaya ke? macam2 la kami berdiskusi sesama adik bradik.. lawakla jg masa tu.. diskusi budak2 kecik..
sehingga lah ke hari ini baru saya tahu haiwan bokbong tu kecil je sbnrnya.. subhanallah.. Allah menciptakan sesuatu ada gunanya, tiada yang sia-sia.. hatta sebiji batu kecil yang tidak bergerak di dasar lautan paling dalam, ada gunanya..

moral of the story: jgn menghina sesuatu ciptaan Allah, karena kalu tersilap hari bulan, tersalah mulut, hinaan kita tu akan jatuh kepada yang menciptakan ciptaan itu.. bimbang kutukan dan hinaan kita tu kepada Allah SWT.. nauzubillahi min zalik.. kadang2 kita tak sedar, kita tak perasan.. jaga mulut, jaga hati ya..
wassalam..