TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.
Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato danproduk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting.
Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.
Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.
Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapatimenjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat. Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.
Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.
Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit otot dan pelbagai.
Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.
Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudahdidapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser danmeningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistempertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.
Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahansetiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan tomato sebahagian daripadanya.
Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk kesegaran fikiran.
Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:-
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
________________________________________________________________
p/s: dulu saya tak suka tomato. kalau makan pun yang sudah dimasak/digoreng sampai lembek. kalau yang masih segar dan keras, rasanya macam nak termuntah je..hehe.. tp sekarang tidak lagi. sejak kawan saya (ukhti k.cik aishah) mempromote makan tomato, katanya bagus utk wanita lebih2 lagi baik utk kulit.. (^_^). dia pun ajarlah cara nak makan dengan lazat tanpa rasa nak termuntah.. haha..
begini: ambik tomato segar, kerat/hiris nipis2 macam hiris bawang atau potong dadu macam buah dadu la, lpas tu ambik sekeping atau seketul yg telah dihiris, bubuh dalam kepalan nasi dan suap dalam mulut.. pastu kunyah macam kunyah nasi dan lauk biasa.. bayangkan sesuatu yg sedap seperti ayam goreng ke, pizza ke dll.. haha.. pastu telan la.. kan mudah.. sekarang tomato yang banyak khasiat tu dah berada dalam perut kita..
sejak hari tu, saya memang sukakan tomato. tapi kene makan dengan nasi la, buat ulam macam pegaga ke, kacang botol ke dll.. jadilah hidangan saya setiap hari nasi ulam tomoto.. sedap tau!!
sekadar perkongsian ilmu dengan sahabat2 semua.. tp ingat! makan untuk hidup atau hidup untuk makan? kalau nak dapat pahala, niatkan makan untuk kesihatan dan kesihatan yang baik untuk buat ibadah kepada Allah swt sebagai hamba-Nya..Ingat tu !!
Syukran k.cik di atas ilmu yang bermanfaat dari kamu.. sekarang abah dan umi pun suka makan nasi dengan ulam tomato, tiru macam saya.. tomato kat kedai paling murah rm2 sekilo dan paling mahal rm4 sekilo.. jimat budget kan? berjimat cermat sambil menjaga kesihatan.. ('',)
wassalam, selamat mencuba !!

No comments:
Post a Comment
salam