Abah dan Ummi |
Hari ini aku ke kenduri kahwin seorang kaum kerabat sekampung. Ada sesuatu yang istimewa untuk dicoretkan agar ia menjadi renungan dalam fikiran sekilas cuma.. Fikirkan cuma barang sedetik, semoga beroleh hikmah dari Rabbul Izzati..
Rumah tempat kenduri memang terkenal dengan ke'umno'an nya. Orang kata tebal 14 inci. Memang tidak boleh digugat lagi dengan apa sekalipun hatta dengan gempa bumi, tsunami dan segalanya. Mungkin kataku. Adat kenduri akan mengundang orang sekampung walaupun berlainan aliran politik. Itu amat aku kagumi dengan kerjasama dan semangat kejiranan yang jitu lagi mantap. Makanya aku dan umi memenuhi panggilan undangan.
Kenduri itu rumah pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki katanya akan sampai selepas zohor. Sekarang jam 11.00 pagi. Jadi sebagai menggantikan majlis Khatam al-Quran bagi pengantin perempuan (kerana pengantin perempuan sudah buat khatam quran) maka dibuat majlis bacaan Yasiin dan Selawat sempena Bulan Maulid ini. Yang melaksanakan bacaan Yasiin hanyalah golongan perempuan sahaja. Memang sudah menjadi kelaziman di kampung ku setiap Jumaat akan mengadakan Majlis Bacaan Yasiin di mana-mana rumah penduduk kampung.. Jadinya setiap minggu, aku dan umi berpeluang untuk mengunjungi dan menziarahi masyarakat kampung disamping bersilaturrahmi. Sebelum bacaan dimulakan, umi (dan kadang-kadang aku) akan membuat sedikit tazkirah barang seminit dua sebagai pengisian rohani. Umi yang memulai (pioneer) program ini pada tahun lepas dan ianya berterusan (istiqamah) sehingga sekarang. Tahniah umi di atas semangat dakwah mu!!
Sambung cerita yang terganggu tadi. ('',). Sebelum bacaan dimulakan, umi akan bertanya kepada tuan rumah, 'lagumano tuan rumah, nak terus baca Yasiin ko nak tazkirah dulu skit, sbb tgok ko keadaan jgk, kot lewat sgt' , tuan rumah jawab 'buak supo skalo lah moksu'.. Makanya umi pun mulalah memberi tazkirah bertajuk Walimatul Urus. Isi point tazkirah yang boleh aku nukilkan di sini berkaitan dengan gejala sosial yang timbul akibat dari tidak berkahwin tetapi berhubungan/bermesraan seperti orang yang sudah kahwin. Tersengih-sengihlah makcik-makcik yang ada anak muda seperti itu. Nak buat macam mane lagi. Siapa makan lada akan rasa pedas. Siapa makan jering akan mulut busuk. ('',). Umi memang bermulut laser pada perkara-perkara yang menyentuh perasaan dan lebih-lebih lagi jika melibatkan pendidikan anak-anak melalui asuhan ibu-ibu yang tiada landasan agama..
Tamatlah sudah tazkirah, bacaan Yasiin dan Selawat. Maka sesi seterusnya adalah makan-makan. Maka, makanlah kami semua nasi gulai kenduri di bawah khemah. Aku duduk di hujung di tempat yang sedikit tersorok dibelakang kerusi makcik-makcik 'umno'.. Mereka berbual-bual, aku terdengar dan mereka tidak sedar. Bukan niat aku nak mencuri dengar yea!! Ada sorang makcik kata: 'Minggu lepah buke moksu jadi syeikh baco Yasiin, ore lain, Mok Joh' Pastu jawab sorang makcik: 'Dok sedak kalu ore lain, keno moksu jugok jadi syeikh' Sampuk yang sorang lagi: 'Sebab moksu baca doa, caro dio lain'.. Jawab pula diantara mereka tu: 'Ho la, ado skali tu moksu mari lewat, demo nih dok tunggu jgak, nak tunggu moksu jgak lagu-lagu mano pun, tuan rumah nak moksu baco doa'..
Hmm, begitulah alkisahnya yang telah aku edit (tetapi maksud asal tidak berubah).. Jadi aku terfikir, kenapa perlu umi yang mereka mahukan. Sebenarnya Mok Joh pun bukan calang2 orang, pandai baca quran, sudah Hajah. Sekilas datang jawapan, mungkin umi orang berpendidikan agama (dalam kampung aku tu dulu, umi org yang paling lama bersekolah, paling tinggi tahap pendidikan) berbanding wanita-wanita lain pada masa itu. Mungkin juga sebab umi sentiasa bertudung labuh, aurat terjaga walaupun turun menjemur pakaian. Dan satu lagi jawapan mungkin umi orang kuat Pas. Orang Umno ni kalau bab-bab agama dan pengamalan harian akan lebih thiqah dan hormat kepada orang Pas. Betul tak? mereka akan memerlukan orang agama ketika ada kematian, ketika perlu buat solat hajat.. Ada satu cerita menarik tentang abah saya. Pada suatu hari datanglah seorang 'Kepala Pengat' umno ke rumah berjumpa dengan abah, 'Ust, tolonglah buat solat hajat untuk anok ambo nak beranak sulung, mari rumah ambo lpas isyak baca Yasiin, xdok ore doh ni ust, harap benar la ni'.. Sebenarnya kalau nak tahu, pakcik tu lah yang telah dengan lantangnya menyumpah seranah abahku masa PRU yang lepas (tp bukan face-to-face la, dia cakap kpd org lain), tp cerita itu sampai kepada Abah juga. Hmm, alhamdulillah abah punya prinsip yang jelas, berdakwah kerana Allah, Ilmu utk diamalkan, Islam melarang perasaan dendam. Itulah abahku.
Sudah terang lagi tersuluh. Umno hanya mengambil Islam pada sesuatu tempat sahaja. Tidak menyeluruh sebagaimana firman Allah swt, masuklah kamu ke dalam agama Islam secara menyeluruh. Mengamalkan Islam secara keseluruhan dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Kalau bercakap tentang politik, orang umno tidak mahu kaitankan dengan Islam. Kata mereka, kalau Pas memerintah, Malaysia tidak akan maju. Islam itu tidak ada kemajuan dan pembangunan. Inilah pemikiran sekular dalam masyarakt kita. Pemikiran inilah yang telah diterapkan sejak dari kecil lagi di sekolah-sekolah rendah. Buku-buku teks bukannya ada dikaitkan dengan Islam kecuali buku Pendidikan Islam.
Kata YB Ustazah Siti Zailah dalam ceramah beliau di Pasti, Padang Pak Amat beberapa minggu lepas, wang hasil cukai kedai judi di Malaysia dimasukkan dalam akaun yang sama untuk pembangunan negara. Kata menteri yang berkaitan, wang judi itulah yang dimasukkan dalam sektor pendidikan sekolah rendah, menengah dan universiti. Itulah realiti pemimpin yang tidak faham halal haram. Maka tidak hairanlah sekiranya kanak-kanak sekolah rendah sudah ada yang mengandung luar nikah, buang bayi sana sini, menagih dadah jadi amalan biasa, hidup penuh berfoya-foya, tiada prinsip dan matlamat hidup. Punah masyarakat, rosak akhlak, maka akan runtuhlah tamadun. Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya?? Pemimpin negara yang akan menanggung beban ini.
Justeru, saya mengajak sahabat-sahabat semua merenung sejenak, berfikir sedetik, bermuhasabah sebentar. Apa tugas kita sekarang? Mulakan dari diri sendiri. Kalau bukan kita siapakah lagi, kalau bukan sekarang bilakah lagi dan kalau bukan di tempat kita dimanakah lagi??
Wassalam..
No comments:
Post a Comment
salam