Sunday, May 16, 2010

Berjalan, Melihat, Mentafsir...

Assalamualaikum wbt.. bertemu kembali kita di ruang maya. Terima kasih kepada mereka yang masih setia mengikuti perkembangan blog yang tidak seberapa ini. Selamat Hari Guru kepada kawan-kawan yang telah bergelar guru. Terharu rasanya bila dikenangkan kembali perasaan dan pengalaman guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya sehingga ke hari ini. Alhamdulillah pada malam ni datang semangat baru untuk mencoretkan sesuatu sempena hari guru, kalau dilihatkan memang dah lama saya tidak menulis.

Kenangan paling best masa saya di Sekolah Rendah Othman Talib 2, Tendong, Pasir Mas yaitu dari darjah 1 sampai 4. Memang saya terkenal sebagai anak murid yang nakal, malas, degil dll. Darjah 3 Cikgu Yuhana lantik saya jadi penolong ketua kelas mungkin kerana badan saya lebih besar dan tinggi berbanding dgn murid2 lain, kalau nak ikutkan xde apa2 kelebihan pun pada aspek yang lain.. Ketua kelas waktu tu nama Abdullah (kalu tak silap), perangai lebih kurang sama je, orang kata 'palo pengat'. Orang Kelantan tahu istilah ni. hehe. Masa tu cikgu xmasuk kelas entah pegi mane, jdnya saya dan ketua pun buat perancangan satu permainan menggunakan penyapu, penyodok dan sewaktu dengannya. huhu.

Nak tahu main apa? Permainan ni perlukan 2 orang, sorang sebagai penggerak penyapu dan sorang lagi sebagai pelompat batang penyapu. Masa tu kami semua dah ada semangat memenangkan gender, maka berlawan lah lelaki dan perempuan, siapa paling lama dapat melompat batang penyapu tanpa jatuh dan tersepak.. lawak2.. Makanya natijah dari permainan dan peristiwa itu, patah lah 2 batang penyapu yang tidak bersalah apa2.. kerana dipijak oleh mereka yang gedempol (termasuk saya lah tu! huhu)

Sedang syok2 bermain dan bersorak tu, cikgu Yuhana pun datang lah tanpa disedari semua orang.. Tup, tup bunyi tapak kasut dia di belakang saya.. Ya Allah, habislah aku..(kawan2 boleh imagine sendiri bagaimana kondisi mulut dan jantung saya).. Dia pun tanya dengan suara yang lembut je, xde tengking2 pun: Sapo suruh main gini? Sapo wat patoh nyapuh nih? .. semua murid lain senyap dan serentak berpaling ke arah saya. Dah sah cikgu memang dah boleh agak apa jawapan kepada soalan dia td.. Kesimpulannya semua murid kene beratur terima cubitan + pulasan di perut yang amat perit dari Cikgu Yuhana.. Hukuman tambahan kepada orang yang mencetuskan idea permainan ni (aku lah tu) adalah kene sapu lantai kelas dengan penyapu yang patah tu. Kawan2 boleh bayangkan batang penyapu yang pendek dan kondisi saya yang terbongkok2 macam nenek kebayan.. huhu. terseksa belikat dan belakang.. Balik rumah x bagitau pun umi dan abah sbb dah tahu kalu mengadu kene tambah lg teruk hukuman (kene rotan dah biasa sampai biru lebam) .. Inilah kenangan paling diingati sewaktu sekolah rendah.. =) ok, stakat ni je dulu coretan memori silam.. kalau ada yang terlibat sama dalam peristiwa itu, mungkin anda sedang tersengih waktu ni..

 *** kali ni saya upload kan foto2 kenangan di Pulau Sabang untuk dikongsikan bersama rakan2 yang tidak berpeluang menyertainya..:-


inilah pandangan pantai dari pesisir laut tanah besar aceh, dirakam dari atas feri sebelum bertolak..

inipun sama juga, nampakkan deburan buih2 kecil dan besar bila feri mula bergerak.. first time saya naik feri, di Malaysia xpernah naik pun, berpeluang naik feri di negara orang.. Alhamdulillah.. kenangan di sini, kami terpaksa duduk ditepi pagar kat laluan orang sbb xde tempat duduk di dalam feri (saya bayangkan seperti pendatang asing yang terpaksa bersesak-sesak duduk mencgkung dan bersila ats kapal).. huhu, kesian kami..

dah sampai Pulau Sabang, ni pandangan pantainya. Cantik kan? orang kata warna biru laut yang indah.. Subhanallah..

ni pandangan salah satu jeti di Pantai Sabang entah nama apa kat sini dah lupa pulak.. bukan nak fokus pada lelaki yg kat hujung jeti tu kalau kawan2 perasan.. hehe, cuma nak ambik gmbar laut yg cantik..

dirakam dari atas kubu jepun yang ada di salah satu tanjung pesisir laut Sabang.. orang kata di kubu inilah jepun menyerang kapal2 laut British yang mahu masuk ke aceh..

Subhanallah, ni adalah gambaran air panas yang menggelegak di puncak gunung berapi di Pulau Sabang.. pic yang berharga dirakam oleh dihan, syukran ya.. orang-orang yang sanggup tahan bau dan ada stamina boleh sampai ke kemuncak ini..

inilah picture paling berharga kami.. nampakkan asap yang keluar tu?.. cantik tapi baunya masyaAllah, seperti telur tembelang. Saya rasa bau gas kimia Nitrogen sbb berbau tengik, gas ini kalau berlebihan dihidu boleh membawa maut.. Alhamdulillah xde pape berlaku masa tu, cuma saya rasa sedikit pening..

No comments:

Post a Comment

salam