Wednesday, April 21, 2010

Tahniah Di Atas Kurniaan Amanah Kedua Dari Allah...

Assalamualaikum wbt... bertemu lagi kita di ruang maya marjaathumaira.blogspot.com.. terima kasih di atas sokongan sahabat2 semua yang sentiasa mengikuti perkembangannya.. Syukran Jazakumullah Khairan Jaza'..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada kakak saya, Munirah yang sekarang berada di Sabah. Syukur kepada Allah kerana beliau telah selamat melahirkan anak kedua pada 20/4/2010 lbh krg jam 9pg di hospital besar Sandakan. Anak perempuan katanya berat 3.8 kilo.. fuh berat dan besar jg tuh, sama macam faez dulu la... Semoga engkau tabah dan penuh sabar sebagai seorang istri dan ibu..

Alhamdulillah cukup sepasang anak lengkap sebuah keluarga bahagia.. Kurniaan dari Maha Pemberi sebagai amanah yang perlu dididik dan dijaga dengan roh dan kefahaman tentang Deen-Nya.. Jika gagal maka akan dipersoalkan kelak di sana..

Inilah yang dikatakan fitrah perjalanan hidup seorang manusia, dari bayi-kanak2-remaja-dewasa-kawin-punya anak-tua-mati.. nampak simple dan biasa kan? Tapi ianya akan jadi berbeza dengan manusia yang lain sekiranya di setiap peringkat itu dibarengi dengan aturan ajaran agama.. ianya akan penuh bunga2 indah, penuh bahagia dan damai.. inilah yang dikatakan syurga dunia..baiti jannati..  

oklah, nanti ada kesempatan saya akan postingkan gambar-gambar cute putri baru.. mereka akan balik kelantan akhir bulan ni insyaAllah... Aduh, rindunyerr Cik Sah kat Faez miut..huhu, katanya dah boleh berlari.. ummi kata wajah putri baru mirip Cik Sah, hehe.. ni best ni, buat xsabar jek..

ok, wassalam.. jumpa lagi..


sekadar gambar hiasan..huhu

No comments:

Post a Comment

salam