p/s: sketsa lucu & lawak, tapi ada isyarat dan maknanya. cuba dalami..
Sidang Media Sebaik Sahaja Mahkamah Memutuskan...
...Mak Mah adalah penyewa tapak gerai Pasar Malam Jalan SS6/1, Kelana Jaya dan tuan punya tong gas yang sah.
Buletin Berita Hairan (BBH): Apa yang Mak Mah fikirkan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Mak Mah sebagai tuan punya tong gas yang sah?
Mak Mah: Dalam hati Mak Mah kata "yes, yes, yes" tapi terlafaz di mulut Mak Mah, Alhamdulillah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat. Terharulah.
Buletin Berita Hairan: Mak Mah berterima kasih?
Mak Mah: Buat apa nak terima kasih?
Buletin Berita Hairan (BBH): Apakah Mak Mah menaruh harapan pada mulanya?
Mak Mah: Tak sangat. Sebab ya lah, Mak Mah kan peniaga kecik. Jual benderam je. Kalau berniaga besar-besar macam jual kapal selam ke, tentulah orang pandang. Tapi mujurlah ada juga keadilan untuk orang bawahan seperti Mak Mah ni.
Buletin Berita Hairan (BBH): Mak Mah akan kembali menjual benderam di pasar malam tersebut?
Mak Mah: Tentulah, benderam mengalir dalam darah Mak Mah (mulai sebak).
Buletin Berita Hairan (BBH): Sekarang adakah Mak Mah rasa mereka yang merampas tong gas Mak Mah akan kembalikan tong gas tersebut?
Mak Mah: Tak tahulah. Tapi ambil hak orang tak patutlah. Tong gas tu Mak Mah punya, Mak Mah beli dengan titik peluh dan duit sendiri (Mak Mah mula menangis, air mata yang jernih menitik menuruni pipinya yang gebu disuntik botox beberapa bulan lalu). Dah ada duit, sendiri belilah sendiri punya.
Buletin Berita Hairan (BBH): Apa tindakan Mak Mah seterusnya?
Mak Mah: (mengesat air mata dengan selendang warna pink) Mak Mah akan menghadap majlis bandaranlah semula, tengok mereka bagi balik tak tapak gerai dan tong gas kepunyaan Mak Mah tu. Ya lah Mak Mah ni cuma melukut tepi gantang.
Buletin Berita Hairan (BBH): Kalau mereka tak nak beri?
Mak Mah: Tak tahulah (terus bersedih dan dilanda pilu) Mak Mah akan kata kenapalah durian sanggup melanda timun macam Mak Mah ni.
Buletin Berita Hairan (BBH): Tak jawab soalan, Mak Mah mesti jawab soalan.
Mak Mah: (tersedu) Entahlah nak, harap ada cahaya di hujung jalan. Mak Mah ni orang susah. Tak pandai nak ulas benda-benda ni. Mak Mah cuma tahu jual denderam saja. Janganlah ambil ini dari Mak Mah. Biarlah Mak Mah tunai dan langsaikan tempoh dalam kontrak Mak Mah tu. Bila tiba masanya tender dibuka semula, bertandinglah semula dengan adil.
Buletin Berita Hairan: Kalau mereka tak nak beri juga?
Mak Mah: Mungkin Mak Mah mogok lapar, tak nak gunting rambut dan biarkan ia mengurai panjang-panjang, kemudian in case Mak Mah mati for sure Mak Mah akan mundar-mandir sambil jerit-jerit: pulangkan! pulangkan!
Buletin Berita Hairan (BBH): Ada apa-apa lagi yang Mak Mah nak katakan?
Mak Mah: Kalau kita baik orang akan baik dengan kita. Itulah falsafah benderam. Mak Mah ada dihubungi oleh pengarang 'Kerana Manisnya Epal'; dia beri cadangan masa jumpa pegawai di majlis bandaran tu Mak Mah bawa sekali benderam minta dia rasa, manalah tahu kerana manisnya benderam dia akan lembut hati.
http://tehranifaisal.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment
salam