Thursday, May 14, 2009

PANDUAN TENTANG WIFI

(harap shbt smua beri perhatian ttg ni sbbnya kita yg guna wireless lbh mudah utk diserang 'musuh'.. beware... al-wiqayah khairun minal 'ilaj.. )

http://baikipc.wordpress.com/
Mac 17, 2009 — PakNik

Kini semakin ramai pengguna internet di negara kita sudah pun memiliki capaian tanpa wayar untuk melayari internet. Sama ada mereka memang memerlukannya atau tidak, itu adalah suatu persoalan lain.
Saya cuba kongsikan di sini beberapa maklumat yang elok anda pertimbangkan sekiranya anda menggunakan WiFi/WiMax.

· Pertama ialah Perlindungan – Anda patut sangat membuat kata laluan untuk ‘access’ wireless anda. Sekiranya anda merasakan ini adalah tidak penting, cuba bayangkan senario dimana seseorang yang berkongsi WiFi anda dan melakukan aktiviti seperti ‘phishing scam‘ lalu dikesan oleh pihak berkuasa. Cuba teka, pihak berkuasa akan mengetuk pintu rumah siapa? Elakkan dari menggunakan WEP kerana sebab-sebab tertentu, tetapi cuba gunakan WPA untuk ‘encryption’ anda.

· Perkara kedua ialah kedudukan – Penting anda memastikan kedudukan peralatan WiFI anda untuk mengelak sebarang gangguan. ‘Cordless Phone’ dab microwave akan mengganggu WiFI anda. Begitu juga dinding konkrit. Satu perkara lagi ialah antenna perkakas wireless anda hendaklah tegak bukan condong ke arah PC, kerana signal dari antenna itu adalah dari sebelah sisinya bukan dari atas antenna itu.
· Ketiga ialah keserasian – Memang tidak dapat disangkal bahawa jika anda mempunyai Dlink Wireless router misalnya, maka tidak menjadi masalah jika anda gunakan kad wireless jenama lain untuk mencapai wireless router jenama Dlink. Tetapi jika dapat, pastikan semuanya adalah jenama yang sama.

· Update firmware – pastikan anda sentiasa kemaskini ‘firmware’ untuk perkakas wireless anda. Lawatilah selalu laman web pengeluar perkakas yang anda gunakan.

· Isu kelima ialah jarak – semakin jauh anda dari router maka bermakna semakin lemah signalnya. Secara amnya diketahui bahawa jarak kurang dari 100 meter adalah jarak yang paling sesuai. Kelembapan udara juga memainkan peranan membantut kelancaran signal perkakas anda.

No comments:

Post a Comment

salam