Sunday, November 9, 2008

Boikot Sehabis-Habisnya...

Assalamualaikum wbth….

InsyaAllah, ana ingin berkongsi satu diskusi yang amat mengkagumkan ana dan beberapa sahabat yang hadir khususnya para cewek-cewek (muslimat) Indonesia…. Mujurlah kami berkesempatan untuk mengikutinya, mudah-mudahan kami dapat mengambil beberapa manfaat darinya dan merealisasikan cita2, impian terutamanya dalam tugas tarbiyyah keluarga dalam kehidupan akan datang…he2.

Diskusi tersebut telah menyentuh tentang sejarah dan kepentingan tanah palestin terhadap dunia Islam dan kewajipan kita terhadapnya. Apa yang menarik di sini apabila al-Sheikh Zuhairi (orang palestin) ini telah menceritakan tentang wanita palestin yang yang begitu bersemangat dalam mempertahankan tanah Suci ini dan sekali gus telah menyentuh peranan muslimah hari ini…ana terfikir, apakah peranan / tanggungjawab muslimat selain rakyat palestin sendiri dalam mempertahankan tanah palestin sedangkan terlalu sukur untuk menolong (tiada daya untuk ke palestin) saudara di sana?

Rupanya monolog ana seolah2 didengari oleh Ustaz Zuhairi dengan ungkapannya dengan majaz yang sangat menyentuh hati dan perasaan ana..(terkena lagi)!!

1- Antara agenda utama masyarakat palestin adalah melahirkan golongan yang sangat cintakan syahid “gerakan ‘amaliyah istisyhadiyah”. Golongan wanita palestin ini sanggup menjadikan para mujahidun (anak yang dilahirkan) sebagai tebusan syurga Allah swt, betapa kentalnya jiwa seorang ibu ini jika diperhatikan sifat fitrah seorang ibu itu tidak mungkin akan menjadikan anaknya yang dilahirkan penuh kasih sayang dalam seribu kesulitan dan kesakitan untuk membunuh diri(tebusan) kerana sebuah tanah…hanya mereka yang benar2 meyakini (beriman) sahaja sanggup berbuat demikian. Wanita2 palestin ini seolah-olah mendidik seekor anak ayam menjadi singa yang hebat.. Subhanallah!!!

2- Seorang wanita palestin yang sangat memberi galakan dan semangat kerana cintakan anaknya dengan menyarungkan baju yang dipenuhi dengan bom-bom yang dipasangkan di badan (seperti yang dilakukan oleh pejuang berani mati) seraya mereka berkata kepada anaknya “pergilah jangan kamu pulang lagi melainkan dengan syahid”.. apabila kedengaran jeritan dan bom tersebut meletup maka si ibu pun memanggil jiran-jiran tetangganya seolah-olah seperti mahu membuat majlis kenduri perkahwinan.. Kata jirannya dengan penuh kepelikan kenduri kahwin apakah ini? Jawab si ibu: adakah kamu telah mendengar jeritan dan bunyi pengeboman tadi? Ya, sesungguhnya hari ini anak aku telah syahid dan dia telah dikahwinkan dengan berpuluh-puluh bidadari dari syurga…

Begitulah kehidupan masyarakat Palestin yang menyala-nyala semangat mereka untuk mempertahankan tanah suci orang Islam sehingga mereka banyak melahirkan mujahidun2 seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr Ar-Rantisi, al-Akhrash (muslimat) dan ramai lagi yang menjadi Syahid.. Di sini kita koreksi diri apakah kita mempunyai cita-cita seperti kaum ibu di Palestin dalam mempertahankan Islam? Mungkin kita tidak merasakan penderitaan seperti ibu2 Palestin yang berhadapan dengan kezaliman rejim yang membunuh keluarga mereka?? Tapi kita harus ingat bahawa tanah palestin adalah hak milik umat Islam dan adalah tanggungjawab kita untuk membantu saudara kita untuk bebas dari penindasan..

Namun bagaimana kita yang tidak berkemampuan menolong saudara kita di Palestin? Sebenarnya banyak cara untuk kita membantu mereka dari dizalimi dengan beriltizam dalam diri bahawa peranan kita umat Islam banyak sekali dalam melemahkan perancangan kuffar dengan pelbagai cara antaranya iaitu:

a) Wanita itu sendiri sangat berperanan dalam pendidikan manusia dalam keluarganya agar mereka menjadi manusia seperti yang dikehendaki Allah swt. dan RasulNya. Ini kerana wanita lebih dekat dengan manusia di rumahnya berbanding dengan suami yang lebih banyak berhadapan dengan besi, batu, kayu, matahari dan sebagainya untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Hal demikian tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang ibu terhadap anaknya adalah mendidik keluarganya menjadi seorang hamba yang benar-benar kenal Khalidnya.

b) Pendidikan terhadap masyarakat bangsanya agar mereka menyedari bahawa hakikat kehidupan seorang muslim adalah menyeluruh bukan aspek ibadah semata-mata malah melingkungi seluruh perbuatnya seperti akhlak, makan, minum, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Di sini kitalah yang berperanan sebagai pendakwah yang memperbetulkan kehidupan masyarakat yang songsang.

c) Pemboikotan terhadap barangan Amerika, Yahudi dan negara-negara yang bersekongkol dengan golongan yang berbuat kezaliman terhadap umat Islam perlu diberi perhatian. Orientalis bukan sahaja menjajah Negara umat Islam malah telah menjajah pemikiran, budaya dan gaya hidup yang mana produk ini berselerakkan di seluruh negara umat Islam terutamanya barangan harian seperti makanan dan pakaian yang diguna pakai oleh seluruh masyarakat kita hari ini yang sebenarnya telah menguntungkan pihak kuffar dalam menjatuhkan muslim. Kita yang seringkali menggunakan barangan ini tanpa disedari sebenarnya hasil dana yang diperolehi telah disalurkan kepada rejim Israel untuk menggulingkan gerakan Islam di Palestin dan umat Islam seluruhnya. Demikian kewajipan ke atas kita untuk tidak membeli produk tersebut agar kita menjadi orang berkomplot dalam menindas umat Islam lain.


Kesimpulannya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh seluruh umat Islam dalam membantu saudara kita tanpa perlu ke sana. Di sini ana menyeru kepada seluruh pembaca agar kita sama-sama fikirkan cara yang termampu untuk membela saudara kita sekalipun tidak dengan harta benda kita. Akhirnya semoga coretan yang kurang ini dapat mengurangi bebanan penderitaan saudara-saudara kita yang telah dicabuli haknya dan dakwah Islamiyyah dapat dikembangkan….Takbir!!!

(created by nurul humaira)

No comments:

Post a Comment

salam