Saturday, January 3, 2009

KUALA TERENGGANU AKAN BERPERANG !!


Jangan terkejut, jangan panik. Bukan perang senjata, hanya perang politik.. Kita yang berada di perantauan ini tak merasai dan tidak menyedari akan kegawatan yang berlaku di sana. Ada seorang sahabat saya yang tinggal di kawasan tersebut begitu bimbang dengan keadaan pengundi-pengundi PAS di situ yang boleh dikatakan lupa dan lalai dengan keadaan. Bila sahaja nama Calon PAS diumumkan oleh pimpinan, ada terdengar suara-suara yang tidak berpuas hati dengan peribadi dan kemampuan calon tersebut. Mereka menginginkan calon yang lain dinaikkan. Sampaikan ada yang nak memberontak, boikot Pilihanraya, tak nak keluar mengundi dan macam-macam lagi lah perangai manusia ini. Tahu tak apa jawab Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Jawapan yang penuh berhikmah dan berbisa 'Kita buat kerja dalam PAS ni untuk Islam, bukan untuk PAS. PAS tak boleh bagi apa-apa macam yang UMNO bagi kepada puak-puak dia'.. Begitulah berhemahnya respon seorang pemimpin yang berjiwa Islam. Beliau kata bukannya senang nak buat sesuatu keputusan itu. Dalam hal ini wala' kepada keputusan pemimpin menjadi persoalan. Selagi keputusan dan tindakan itu tidak menyalahi hukum Allah swt.


P/S: Muhasabahlah- Wala' kah kita semua kepada pemimpin kita?


Maklumat terbaru berkenaan PilihanRaya di Kuala Terengganu, sila klik di link berikut :- http://prk036.pas.org.my/


by: marjaat85

No comments:

Post a Comment

salam