Tuesday, April 28, 2009

Post - O&G exam 1


dicopy dari blog sahabat saya yg sekarang berada di USM, Penang: http://elfaqiha.wordpress.com/
BismiLLah…
Alhamdulillah, hari ini tamat sebahagian peperiksaan subjek Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrics & Gynaecology). Sebahagian lagi menanti kami semasa peperiksaan akhir bulan Oktober nanti. Maka bermula hari Isnin akan datang, saya akan memulakan posting baru: Jabatan Kanak-kanak (Paediatric Department)

Dua bulan kami berada dalam posting O&G (macam lama kan? Tapi sebenarnya 8 minggu itu sangat pendek!) cukup untuk membuatkan saya jatuh cinta kepada wanita. Maafkan saya jika bunyinya agak janggal. Tapi memang begitu maksud saya, kerana
wanita cukup istimewa. (Di hospital hanya ada wad sakit puan, tiada wad sakit tuan =P

Dahulu, semasa kecil, saya selalu tertanya-tanya, kenapa ada klinik ibu dan kanak-kanak? Apa beza klinik tersebut dengan klinik biasa? Kenapa tiada klinik ‘bapa’ dan kanak-kanak? Kata emak, ‘klinik ini pesakitnya hanya perempuan dan kanak-kanak.’ Oh? Pada waktu itu saya faham, mungkin kerana wanita ini banyak ‘aurat’nya yang perlu dijaga, maka sangat bagus jika diasingkan lelaki dan perempuan. Lelaki tidak perlu klinik khusus, sebab lelaki ‘aurat’nya sedikit.

Pada pemerhatian saya sepanjang di hospital bersalin, lelaki (selain doktor) tidak dibenarkan masuk ke wad selain waktu melawat. Pernah seorang lelaki Arab mahu menemani isterinya di wad, lalu dimarahi oleh sister (ketua jururawat). Tetapi barangkali kerana ‘tidak faham bahasa’ (iyalah, bahasa melayu dan bahasa arab kan berbeza) dia berdegil buat tidak tahu dan tetap duduk di sisi katil isterinya. Kalau bukan memikirkan saya hanya seorang pelajar, mungkin saya tanpa segan silu ‘menghambatnya’ keluar. [Kesimpulannya, kefahaman saya semasa kecil tentang konsep klinik ibu dan kanak-kanak itu ada asasnya... hehe].

Trauma
Pertama kali kami menyaksikan kelahiran bayi, masing-masing tergamam, menahan rasa. Saya masih ingat, bagaimana doktor H.O. (house officer) mentertawakan kami. Ketika itu bermacam-macam perkara bermain-main dalam minda saya. Kecamuk. Mungkin kerana terkejut.


Ada doktor yang bertanya saya, “So, do you want to get pregnant?” (Agaknya doktor ini juga pernah ditanya soalan yang sama semasa posting O&G yang pertama. Jadi dia memulangkan ‘paku buah keras’ kepada kami.) Emak juga pernah bertanya soalan yang sama kepada saya. Saja mahu menyakat. Mak, saya masih belum ada jawapannya. Boleh tangguh?

Sebelum ini, kita hanya melihat hanya kegembiraan di atas perkahwinan dan kelahiran cahaya mata. Kita (yang tidak pernah ke dewan bersalin) pasti tidak pernah terbayangkan bagaimana bayi-bayi yang kita cubit-cubit pipinya itu keluar dari rahim ibunya untuk dilahirkan ke dunia. Tidak, kelahiran seorang bayi tidak semudah itu!

Sayangi, hargai dan taati
Orang selalu kata, jika sudah lama berkahwin, tetapi masih belum dapat anak, belum adalah rezekinya. Dan jika cepat dapat anak, lekaslah rezekinya. Benarlah. Cuma semasa kecil dulu, lain yang saya faham. Saya ingat, nikah itu ‘magic word’. Kemudian, ‘magic’ juga, Allah kata ada anak, maka ibunya akan tiba-tiba mengandung. Jika tidak, tak mengandung lah. Rupa-rupanya, nak ada anak bukan semudah ‘magic’ itu.


Saya pernah bertanya adik kecil saya, macam mana adik keluar dari perut mak, tak ada lubang pun. Kata adik, “ala, potong la perut, buat lubang. Lepas tu keluarlah!” (Katanya dia menonton Medik TV)
Proses kelahiran tidaklah semudah apa yang saya dan adik saya pernah gambarkan itu. Bagi yang mudah mengandung, tiada komplikasi dan lancar pula kelahirannya, tahniah. Dan banyakkanlah syukur kerana Allah mempermudahkan jalan kalian. Tidak sedikit yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak. Pernah saya menemu-bual seorang pesakit yang menghidapi endometriosis, yang menyebabkan kemandulan (sementara). Selama 7 tahun, penyakit tersebut datang dan pergi, dan bukan sedikit pengorbanan mereka untuk mengembalikan kesuburan demi mendapatkan seorang anak.

Mudah untuk mengandung tidak bermakna mudah untuk melahirkan. Dalam jangka masa 40 minggu, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Bagai meletakkan nyawa di hujung tanduk, begitu besar pengorbanan seorang ibu yang sudi mengandungkan kita! Risiko untuk mendapat penyakit sepeti anaemia (kurang darah), diabetes (kencing manis), darah tinggi, sawan (eclamptic seizure), sakit jantung, pendarahan dan bermacam-macam lagi yang akhirnya boleh membawa kepada kematian. Bayangkan pula jika si ibu memang sudah menghidapi penyakit tersebut sebelum mengandung? Bahkan risikonya lebih besar.

40 minggu yang bebas daripada sebarang komplikasi, tidak menjamin kelancaran kelahiran anak. Seperti pesakit saya yang tiada komplikasi semasa mengandung, dan kelahiran juga dikatakan lancar, tiba-tiba bayinya disahkan mati (stillbirth) sebaik sahaja ia dilahirkan

Kelahiran; bukan semudah ungkapan ‘keluar daripara rahim ibu’. Ia adalah kemuncak kepada 40 minggu ‘mengendong’ bayi ke sana ke mari. Proses yang ‘bunyinya’ pendek itu boleh menjangkau masa hampir sehari. Ya, sehari si ibu berada dalam keadaan kritikal. Sedangkan kelahiran yang hanya makan beberapa jam saja boleh meragut nyawa si ibu. Bayi lemas dan risiko perlu dibedah (pembedahan juga ada risikonya sendiri). Jika kelahiran biasa, (melalui faraj), risiko rahim pecah, faraj koyak/rosak, lemah jantung (heart failure), sawan dan sebagainya. And again, although the baby has been safely delivered, there is still a risk of “bleed to death!” Oh ya, kerana seketul uri juga si bayi boleh menjadi yatim!

Gerun, bukan? Jika anda di tempat saya, apa jawapan anda untuk soalan yang diajukan di atas?

Bukanlah niat saya untuk membantutkan niat sesiapa yang mahu memiliki seorang cahaya mata. Bukan niat saya juga agar anda menghalang sesiapa untuk mendapatkan anak. Sekadar berkongsi kisah, agar kita semua sedar, kita pernah meletakkan ibu bapa kita dalam situasi yang kritikal. Tapi alhamdulillah, mereka boleh menarik nafas lega melihat kita membesar dengan sihat, mampu untuk berfikir dan belajar dengan baik… (ya, mampu untuk membaca tulisan saya yang mungkin tidak menyenangkan ini). Ya, agar kita bersyukur kepada Tuhan, dengan menghargai pengorbanan ibu bapa yang bukan sedikit.

Maka, jangan sekali-kali kita biarkan mereka melalui saat-saat kritikal lagi melihat sikap kita yang tidak mengenang budi mereka, yang tidak bersyukur atas nikmat Allah yang mengizinkan kita untuk menghirup udara dunia (yang fana’).

Saturday, April 25, 2009

Wifi di semua bandar di Kelantan

Ramli Yamat Thu Apr 09, 09 7:11:38 pm MYT

KOTA BHARU, 9 April (Hrkh) - Tiada maklumat menyebabkan anda sentiasa terkebelakang. Dan paling bahaya lagi anda mudah tertipu lebih-lebih lagi menyentuh isu semasa negara.

Tanpa maklumat rakyat tetap dengan status quo lama. Itulah yang berlaku di Batang Ai apabila rakyat tidak mempunyai maklumat kedua bagi membuat pertimbangan politik.
Mengambil kira terjahan maklumat yang semakin pantas, kerajaan Kelantan menyediakan wifi bagi membolehkan orang ramai mengakses maklumat dengan kos rendah.
Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan kerjasama sebuah syarikat swasta kini menyediakan perkhidmatan wifi city di bandar Kota Bharu sejak dua bulan lalu.
Kadar bayaran hanya RM29 sebulan iaitu lebih rendah berbanding perkhidmatan serupa dibekal oleh syarikat telekomunikasi lain.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, sehingga kini sebanyak 38 alat penerima maklumat internet dipasang di Kota Bharu bagi memudahkan orang ramai melayarinya internet 24 jam.
Menurutnya dengan adanya kemudahan wifi city ia memberi peluang kepada rakyat mendapar maklumat terkini mengenai isu-isu semasa dengan lebih tepat dan cepat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bersama anggota Exco di Radio (Suara) MPKB-BRI, baru-baru ini.
Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memperluaskannya perkhidmatan wifi ke bandar-bandar lain di Kelantan.
Pelancaran wifi city dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 26 Mac lalu di KB Mall.
"Melaluinya internet orang ramai dapat mengetahui isu politik, melayari pelbagai blog. Kita boleh pilih laman web dan dapat membuat penilaian sendiri," ujarnya.
Mengenai Pengajaran dan Pembelajaraan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, terbukti pelaksanaannya menemui kegagalan.
"Mengapa kita harus promosi bahasa asing dalam mempelajari Matematik dan Sains sedangkan di Thailand dan Jepun mereka menggunakan bahasa ibunda," katanya.

Saturday, April 18, 2009

MENJADI MAKHLUK YANG DIKENALI PENDUDUK LANGIT

Keikhlasan Punca Kekuatan:
Aku merenung kehidupan ini yang penuh dengan pertukaran zaman,kadang kita merasa kuat,kadang kita merasa lemah. Kita ingin mencari satu punca kekuatan kehidupan kita untuk meneruskan perjuangan hidup. Kadang kita hidup dipuji kadang kita dikutuk. Kadang kita hidupa dihargai,kadang-kadang kita rasa tidak dihargai walaupun perasaan kita merasakan kita berkorban untuk orang, tetapi kita merasa sebaliknya diri tidak dihargai.Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang, perasaan kita selalu mengharapkan orang terima kasih,sekiranya orang tidak berterima kasih kepada kita, kita akan kecewa dan lemah. Memang manusia mudah lupa kepada kebaikan orang tetapi payah melupai kesalahan orang.Tetapi apakah kita harus hidup berterusan sedemikian,mengharapkan diri dikasihi,dihormati,diberi penghargaan dan pujian. Sampai bila? Apakah kita hendak berterusan sebegini, bersemangat apabila dihargai dan duji. Apakah kita hendak menunggu ucapan terima kasih orang kepada apabila kita melalukan kebaikan. Tidak, jangan kita berterusan sedemikian,marilah kita megubah diri kita untuk mencari penyelesian di dalam krisis ini. Krisis inginkan kebanggaan,pujian dan penghargaan. Sebab ia akan melemahkan semangat kita untuk menyumbang kepada masyarakat. Biarkan mereka tidak menghargai diri kita,tetapi kita mempunyai satu perkara yang dipanggil ikhlas,nilai yang cukup tinggi untuk dijadikan pemangkin yang kuat di di dalam meneruskan sumbangan dan kehidupan. Kita janganlah melihat apa yang kita lakukan,tetapilah lihat kepuasan yang kita sumbangkan. Kalau kita sebagai seorang guru ,kita kan merasa seronok apabila kita dapat membuang kejahilandaripada orang ramai. Jangan menunggu ucapan terima kasih mereka, kerana ini akan menggangu pemikiran kita dan akan mengurangkan kualiti sumbangan kita. Sebaliknya mencari keredhaan Allah itu lebih penting untuk mendapat pujian dan terima kasih daripada orang. Kalau kita sebagai pemimpin,jangan tunggu ucapan terima kasih ahli kepada kita untuk kita membantu ahli-ahli kita. Sebaliknya kita membantuk ahli-ahli kita sebagai satu tanggungjawab dan ibadat kepada Allah.Sesungguhnya keikhlasan itu akan member diri kita semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kerja kita,sebab melihat dan mengaharap apa-apa daripada makhluk, sebaliknya kita mengharapkan reda darada Allah.Keiklasan ini akan menjadikan kita tenang jiwa dan istiqamah walaupun dalam keadaan sebagaimanapun, di atas atau dibawah. Kita tetap sama saja begitu juga kita kita dipuji dan dicaci, kita tetap dengan agenda yang baik.Kita akan menghadapi krisis jiwa yang kosong sekiranya kita tidak berjaya memperolehi sifat ikhlas di dalam diri kita. Kita akan terawang-awang dan bersedih apabila kita kehilangan sifat ikhlas.

Pada renungan hamba Allah yang lemah ini, tidak ada penyelamat kepada jiwa yang lemah ini melainkan ia mencari satu sifat yang mulia ini iaitu ikhlas untuk dijadikan sebagai pencetus kepada kehidupannya. Waallahu alam.

- Artikel ini dipetik dari hasil karya Ust Fauwaz Fadzil (anak kepada al-marhum Fadzil Noor)

Thursday, April 16, 2009

البكتيريا المفيدة الموجودة في مؤخرة اللسان Bakteri bermanfaat yang hidup di belakang lidah kalian

تعرف البكتيريا عموما على أنها مخلوقات ضارة. وينبغي الاهتمام بنظافة الجسم والمسكن كي نقي أنفسنا الإصابة بهذه الأضرار. غير أن العلماء اكتشفوا في السنوات الأخيرة وجود بكتيريا مفيدة للأنسان موجودة في جسمه عند مؤخرة اللسان. نعم في مؤخرة لسانه، وهذه البكتيريا تقوم بالقضاء على الجراثيم الضارة في المعدة. ومن الطبيعي ألا تكون عملية قتل هذه الجراثيم عملية سهلة. فمن أجل تحقيقها ينبغي حدوث خطوات تدريجية متسلسلة. فعلى سبيل المثال تقوم هذه البكتريا بتحويل النترات الموجودة في الأغذية الخضراء إلى مادة النتريت خلف اللسان. ومن ثم يتفاعل اللعاب الموجود في الفم مع النتريت لينتج مادة قاتلة للجراثيم.
وهكذا تتولد هذه المادة بفعل البكتيريا الموجودة خلف اللسان. وكما نعلم فإن الجراثيم تتسبب في حدوث الأمراض
المختلفة في أجسامنا، وهنا يأتي دور بكتيريا خلف اللسان في القضاء على جزء كبير من هذه الجراثيم. وتعتبر هذه البكتريا المفيدة آية من آيات رحمة الله بعباده ورأفته بهم ونعمة من نعمه التي لا تحصى. يقول الله تعالى في القرآن الكريم:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ) النحل: 18 )

Bakteri pada umumnya menyebabkan penyakit, dan agar terlindung dari akibat-akibat yang merugikan, manusia harus dengan cermat memperhatikan kebersihan tubuh maupun lingkungan tempat mereka tinggal. Namun, belum lama ini para ilmuwan menemukan adanya beberapa bakteri yang bermanfaat dalam tubuh manusia, khususnya di belakang lidah. Ya, kalian tidak salah baca. Ada bakteri bermanfaat dalam tubuh kalian. Tugas bakteri-bakteri di belakang lidah ini adalah membunuh makhluk-makhluk sangat kecil (mikroba) yang merugikan di dalam lambung kalian. Tentu ini bukanlah tugas yang mudah dan memerlukan serangkaian tindakan. Pertama-tama, bakteri ini mengubah zat nitrat yang diperoleh dari sayuran hijau seperti bayam menjadi nitrit. Tetapi proses ini belum berakhir. Nitrit, yang bergabung dengan air liur yang dikeluarkan di dalam mulut, memiliki sifat anti-mikroba. Dengan kata lain, bakteri di belakang lidah kalian membantu menghasilkan zat yang membunuh mikroba. Seperti kalian ketahui, mikroba menyebabkan berbagai penyakit. Karena bakteri bermanfaat yang menghasilkan zat pembunuh mikroba ini, kalian terlindung dari banyak penyakit. Bakteri-bakteri bermanfaat ini adalah salah satu wujud kasih sayang Tuhan kita, Yang telah menciptakan tubuh kita dengan cara yang paling sempurna. Allah telah memberi kita banyak anugerah dan pemberian. Pemberian-pemberian ini tidak terhitung jumlahnya, yang difirmankan dalam ayat-ayat Al Qur’an sebagai berikut:

Jika kalian hitung nikmat Allah, kalian tidak akan pernah dapat menghitungnya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS An-Nahl: 18)

dipetik dari Harun Yahya.com

(mari belajar bahasa Arab dan bahasa Indonesia)


Sunday, April 5, 2009

"Woi, Nizar ada kat sini!"

Nizar tambat hati pengundi Bukit Gantang

Susunan Muhammad Nor Samad Sat Apr 04, 09 12:54:13 pm MYT

"Woi, Nizar ada kat sini!" jerit seorang pemuda Cina dalam bahasa Mandarin kepada kawan-kawannya di sebuah pasar malam di Kota Jaya, Simpang, dekat Taiping baru-baru ini.

Dengan pantas, para peniaga dan juga pengunjung pasar malam tersebut memanjangkan leher meninjau-ninjau kelibat Adun Pasir Panjang yang popular itu.

Ramai yang meluru ke hadapan untuk bersalaman dengannya sewaktu beliau bergerak dari satu gerai ke satu gerai yang lain, tersenyum sambil memberi salam, menegur sapa setiap peniaga persis berjumpa kawan lama, berbisik sesuatu di telinga mereka, menepuk bahu, dan bersalam erat.
Tindakannya mendapat reaksi mesra para peniaga sehingga ada yang menawarkannya agar membalikkan murtabak yang sedang dicanai dan merasai juadah yang mereka jual.
"Ini bukan kali pertama dia datang ke sini," kata seorang penjual makanan Melayu. "Ini kali ketiga," tambahnya seraya menjelaskan bahawa kehadiran Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih dianggap Menteri Besar Perak itu, bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk di situ.
Lelaki Melayu itu terpaku melihatkan peniaga-peniaga lain, terutama yang berbangsa Cina yang agak tergamam apabila pertama kali bertemu muka dengan Nizar.
Jika bukan kerana jurugambar yang asyik merakamkan setiap aksinya bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dari DAP dan KeADILan yang berjalan bersamanya, Nizar tentunya sudah dilihat sebati dengan suasana pasar malam itu.
Malam itu Nizar mengenakan kemeja lengan pendek berwarna hijau muda, berseluar hitam dan memakai kasut kulit hitam berkilat.
Sebuah keluarga Cina yang menjual pakaian begitu teruja apabila Nizar berhenti di gerai mereka dan menegur mereka dalam bahasa Mandarin. Mereka tidak melepas peluang lalu bergambar dengan Nizar.
Apabila Nizar berlalu, terdengar keluarga Cina itu bercakap sesama mereka dalam bahasa Hokien. "Dia nampak segak betul kan?"
"Ya lah ... nampak masih muda," sahut anak perempuannya dengan gembira.
Tetapi sambutan yang paling mesra dan hangat datangnya dari sebuah kedai kopi, Mei Shi, di pinggir jalan tersebut.
Sebelum Nizar sampai di muka pintu kedai tersebut, beliau telah dikerumuni oleh sekumpulan lelaki Cina, yang bertepuk tangan dengan hangat sambil menariknya ke dalam kedai, untuk menyertai teman-teman mereka yang bermain mahjong.
Mereka meminta Nizar dengan hormat mengocok buah mahjong yang mereka main dan Nizar tidak menolak permintaan mereka.
Nizar merumuskan lawatannya ke pasar malam itu dengan memberikan ucapan pendek daripada belakang sebuah lori dengan meminta orang ramai memberikan sokongan kepadanya pada hari pengundian 7 April nanti, supaya "perubahan ini dapat memerikan perubahan yang lebih besar di peringkat Persekutuan". Ia sedikit sebanyak merujuk kepada pergelutan undang-undang berhubung krisis menteri besar Perak itu.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan melaungkan slogan Pakatan Rakyat: "Hidup, hidup! Makkal Sakthi! Reformasi" dan diikuti oleh orang ramai dengan penuh bersemangat.
Nizar kelihatannya telah berjaya menawan hati pengundi-pengundi di situ.
Seorang peniaga makanan Melayu yang pro-PAS memberitahu Malaysian Insider bahawa dia pasti akan memangkah Nizar pada hari pengundian nanti.
Dengan mengungkapkan slogan yang sering disebut oleh pakatan pembangkang bahawa keadilan mesti ditegakkan, lelaki tersebut kelihatannya begitu teruja dengan kempen Nizar.
Dia amat marah dengan wakil rakyatnya Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering, salah satu kerusi negeri di bawah parlimen Bukit Gantang) yang melompat parti dan mengakibatkan tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Kita mengundi dia kerana parti, bukan kerana dirinya. Dia mesti diajar," jelasnya.
Menilai kepada tindak balas orang ramai di pasar malam tersebut, ramai yang memihak kepada Nizar. Bagaimanapun dengan beberapa hali lagi tibanya hari mengundi, apapun boleh berlaku.