dicopy dari blog sahabat saya yg sekarang berada di USM, Penang: http://elfaqiha.wordpress.com/
BismiLLah…
Alhamdulillah, hari ini tamat sebahagian peperiksaan subjek Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrics & Gynaecology). Sebahagian lagi menanti kami semasa peperiksaan akhir bulan Oktober nanti. Maka bermula hari Isnin akan datang, saya akan memulakan posting baru: Jabatan Kanak-kanak (Paediatric Department)
Alhamdulillah, hari ini tamat sebahagian peperiksaan subjek Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrics & Gynaecology). Sebahagian lagi menanti kami semasa peperiksaan akhir bulan Oktober nanti. Maka bermula hari Isnin akan datang, saya akan memulakan posting baru: Jabatan Kanak-kanak (Paediatric Department)
Dua bulan kami berada dalam posting O&G (macam lama kan? Tapi sebenarnya 8 minggu itu sangat pendek!) cukup untuk membuatkan saya jatuh cinta kepada wanita. Maafkan saya jika bunyinya agak janggal. Tapi memang begitu maksud saya, kerana wanita cukup istimewa. (Di hospital hanya ada wad sakit puan, tiada wad sakit tuan =P
Dahulu, semasa kecil, saya selalu tertanya-tanya, kenapa ada klinik ibu dan kanak-kanak? Apa beza klinik tersebut dengan klinik biasa? Kenapa tiada klinik ‘bapa’ dan kanak-kanak? Kata emak, ‘klinik ini pesakitnya hanya perempuan dan kanak-kanak.’ Oh? Pada waktu itu saya faham, mungkin kerana wanita ini banyak ‘aurat’nya yang perlu dijaga, maka sangat bagus jika diasingkan lelaki dan perempuan. Lelaki tidak perlu klinik khusus, sebab lelaki ‘aurat’nya sedikit.
Pada pemerhatian saya sepanjang di hospital bersalin, lelaki (selain doktor) tidak dibenarkan masuk ke wad selain waktu melawat. Pernah seorang lelaki Arab mahu menemani isterinya di wad, lalu dimarahi oleh sister (ketua jururawat). Tetapi barangkali kerana ‘tidak faham bahasa’ (iyalah, bahasa melayu dan bahasa arab kan berbeza) dia berdegil buat tidak tahu dan tetap duduk di sisi katil isterinya. Kalau bukan memikirkan saya hanya seorang pelajar, mungkin saya tanpa segan silu ‘menghambatnya’ keluar. [Kesimpulannya, kefahaman saya semasa kecil tentang konsep klinik ibu dan kanak-kanak itu ada asasnya... hehe].
Trauma
Pertama kali kami menyaksikan kelahiran bayi, masing-masing tergamam, menahan rasa. Saya masih ingat, bagaimana doktor H.O. (house officer) mentertawakan kami. Ketika itu bermacam-macam perkara bermain-main dalam minda saya. Kecamuk. Mungkin kerana terkejut.
Ada doktor yang bertanya saya, “So, do you want to get pregnant?” (Agaknya doktor ini juga pernah ditanya soalan yang sama semasa posting O&G yang pertama. Jadi dia memulangkan ‘paku buah keras’ kepada kami.) Emak juga pernah bertanya soalan yang sama kepada saya. Saja mahu menyakat. Mak, saya masih belum ada jawapannya. Boleh tangguh?
Sebelum ini, kita hanya melihat hanya kegembiraan di atas perkahwinan dan kelahiran cahaya mata. Kita (yang tidak pernah ke dewan bersalin) pasti tidak pernah terbayangkan bagaimana bayi-bayi yang kita cubit-cubit pipinya itu keluar dari rahim ibunya untuk dilahirkan ke dunia. Tidak, kelahiran seorang bayi tidak semudah itu!
Sayangi, hargai dan taati
Orang selalu kata, jika sudah lama berkahwin, tetapi masih belum dapat anak, belum adalah rezekinya. Dan jika cepat dapat anak, lekaslah rezekinya. Benarlah. Cuma semasa kecil dulu, lain yang saya faham. Saya ingat, nikah itu ‘magic word’. Kemudian, ‘magic’ juga, Allah kata ada anak, maka ibunya akan tiba-tiba mengandung. Jika tidak, tak mengandung lah. Rupa-rupanya, nak ada anak bukan semudah ‘magic’ itu.
Saya pernah bertanya adik kecil saya, macam mana adik keluar dari perut mak, tak ada lubang pun. Kata adik, “ala, potong la perut, buat lubang. Lepas tu keluarlah!” (Katanya dia menonton Medik TV)
Proses kelahiran tidaklah semudah apa yang saya dan adik saya pernah gambarkan itu. Bagi yang mudah mengandung, tiada komplikasi dan lancar pula kelahirannya, tahniah. Dan banyakkanlah syukur kerana Allah mempermudahkan jalan kalian. Tidak sedikit yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak. Pernah saya menemu-bual seorang pesakit yang menghidapi endometriosis, yang menyebabkan kemandulan (sementara). Selama 7 tahun, penyakit tersebut datang dan pergi, dan bukan sedikit pengorbanan mereka untuk mengembalikan kesuburan demi mendapatkan seorang anak.
Mudah untuk mengandung tidak bermakna mudah untuk melahirkan. Dalam jangka masa 40 minggu, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Bagai meletakkan nyawa di hujung tanduk, begitu besar pengorbanan seorang ibu yang sudi mengandungkan kita! Risiko untuk mendapat penyakit sepeti anaemia (kurang darah), diabetes (kencing manis), darah tinggi, sawan (eclamptic seizure), sakit jantung, pendarahan dan bermacam-macam lagi yang akhirnya boleh membawa kepada kematian. Bayangkan pula jika si ibu memang sudah menghidapi penyakit tersebut sebelum mengandung? Bahkan risikonya lebih besar.
40 minggu yang bebas daripada sebarang komplikasi, tidak menjamin kelancaran kelahiran anak. Seperti pesakit saya yang tiada komplikasi semasa mengandung, dan kelahiran juga dikatakan lancar, tiba-tiba bayinya disahkan mati (stillbirth) sebaik sahaja ia dilahirkan
Kelahiran; bukan semudah ungkapan ‘keluar daripara rahim ibu’. Ia adalah kemuncak kepada 40 minggu ‘mengendong’ bayi ke sana ke mari. Proses yang ‘bunyinya’ pendek itu boleh menjangkau masa hampir sehari. Ya, sehari si ibu berada dalam keadaan kritikal. Sedangkan kelahiran yang hanya makan beberapa jam saja boleh meragut nyawa si ibu. Bayi lemas dan risiko perlu dibedah (pembedahan juga ada risikonya sendiri). Jika kelahiran biasa, (melalui faraj), risiko rahim pecah, faraj koyak/rosak, lemah jantung (heart failure), sawan dan sebagainya. And again, although the baby has been safely delivered, there is still a risk of “bleed to death!” Oh ya, kerana seketul uri juga si bayi boleh menjadi yatim!
Gerun, bukan? Jika anda di tempat saya, apa jawapan anda untuk soalan yang diajukan di atas?
Bukanlah niat saya untuk membantutkan niat sesiapa yang mahu memiliki seorang cahaya mata. Bukan niat saya juga agar anda menghalang sesiapa untuk mendapatkan anak. Sekadar berkongsi kisah, agar kita semua sedar, kita pernah meletakkan ibu bapa kita dalam situasi yang kritikal. Tapi alhamdulillah, mereka boleh menarik nafas lega melihat kita membesar dengan sihat, mampu untuk berfikir dan belajar dengan baik… (ya, mampu untuk membaca tulisan saya yang mungkin tidak menyenangkan ini). Ya, agar kita bersyukur kepada Tuhan, dengan menghargai pengorbanan ibu bapa yang bukan sedikit.
Maka, jangan sekali-kali kita biarkan mereka melalui saat-saat kritikal lagi melihat sikap kita yang tidak mengenang budi mereka, yang tidak bersyukur atas nikmat Allah yang mengizinkan kita untuk menghirup udara dunia (yang fana’).
No comments:
Post a Comment
salam