Friday, January 1, 2010

Buatlah Pilihan Betul-Betul

Apakah anda telah memiliki kesiapan untuk menikah? Jika anda yakin telah siap, segeralah melangsungkan pernikahan di Jalan Dakwah.



Jalan inilah yang telah mengantarkan Nabi SAW menikahi istri-istrinya, para Ummahatul Mukminin. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah Az-Zahra dalam sebuah keluarga. Di jalan itu pula para Sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang saleh membina rumah tangga sakinah.


Seperti apakah pernikahan di jalan dakwah itu? Buku ini akan mengantarkan anda menemukan jawaban tuntasnya. Selamat menikmati.


Kusiapkan Diri Menuju Pernikahan

1. Syariat Menyuruh Anda Menikah

2. Anda Menciptakan Berhala Bernama Materialisme

3. Di Jalan Apakah Anda Menikah?

4. Di Mana Letak Kebahagiaan?

5. Persiapan Diri Menjelang Pernikahan

6. Syariat Islam Berorientasi Kepada Kemudahan


Di Jalan Dakwah Aku Menikah

1. Menentukan Batas Waktu Kesiapan

2. Syura Dengan Orang-Orang Saleh

3. Menentukan Pilihan

4. Tak Boleh Ada Paksaan dan Keterpaksaan

5. Berkenalan Dengan Orang Tua Calon


6. Pelaksanaan Khitbah

7. Pihak-Pihak Yang Terlibat


Perjanjian Yang Kuat Telah Terikrarkan

1. Wali Dalam Pernikahan

2. Pelaksanaan Akad Nikah

3. Mahar Dalam Pernikahan

4. Walimah, Pesta Pernikahan

5. Yang Dilakukan Pengantin Setelah Walimah

6. Memilih Tempat Tinggal


Ketika Hari Bersejarah Itu Tiba

1. Undangan, Mengundang dan Diundang

2. Bantuan, Sumbangan dan Hadiah

3. Penataan Tempat Acara

4. Posisi Pengantin Saat Walimah

5. Penampilan dan Dandanan Pengantin

6. Dekorasi dan Hiasan

7. Hidangan Walimah

8. Hiburan Dalam Walimah

9. Merenung Di Pelaminan


Tahun Pertama Yang Mendebarkan

1. Belajar Mencintai dan Dicintai

2. Tantangan Keluarga Di Tahun Pertama

3. Apa Yang Sebaiknya Dilakukan?


Assalamualaikum wbt. Apa kabar semua? Harapnya berada di bawah lindungan Allah SWT hendaknya. Kali ini saya nak posting satu artikel yang paling secret, perihal diri keluarga saya untuk dikongsi bersama shabat-sahabat semua agar jadi panduan dan pengajaran. Susah ni ana nak crita pasal hal peribadi dan keluarga ana. Posting tajuk best yang takde jual kat kedai.. hehe..ok lah, selamat membaca.


ni gambar special edition yang xpernah ana siarkan sblm ni, (gmbr kuarga).. gambar masa konvo kakak ana, munirah di UM tahun 2007 bersama abah dan ummi tersayang, senyum bahagia ayahbonda dengan kejayaan anak-anaknya yang membuahkan hasil dari pengorbanan mereka..
saje je selitkan gambar ni sbb nak crita skit kat sahabat semua kisah rumahtangga yang bahagia hasil didikan islami. Bukan nak berbangga dan riak, tp skadar panduan dan pengajaran kepada mereka yang masih mencari2 pasangan hidup..

Ummi ana ni jenis suka bercerita dan akan mengulang tayang cerita yang sama bila kami adik bradik berkumpul, jdnya ana boleh ingat semua crita dia.. Tp berbeza dgn Abah, dia pendiam, xbyak ckp. Crita pasal abah pun ummi yg critakan.. bagus la, seorang suka bercakap, sorang suka mendengar.. aman rumah tangga. Hehe..

alkisahnya abah dan ummi tak pernah kenal sblm mrk kawin tu. Abah dan ummi ni kira umur dah lanjut la masa diorg bertemu jodoh. Nak tahu umur brapa? Abah dah 32, ummi dah 27. Masa kat kg, org2 dah bising pasal ummi (andartu-anak dara tua) sbb zaman dia dulu tu xde org kawin lewat2 sgt. Tp ummi xkisah sbb dia belajar dan terus belajar, cita2 dia nak sambung Mesir, tp ketentuan Allah mengatasi segalanya. Masa tu kat kg dia xde wanita yang berpendidikan tinggi sampai masuk universiti, jd ummi lah wanita pertama masuk UM. Tp masa tu bkn nama UM lg, nama YPTIK, nilam puri.. Sementara tu, Abah pula blaja kat al-Azhar, Mesir lama jg sbb xlulus kene ulang thun byak kali.. hehe, kesian.. satu je ana dan ummi ana respect dia sbb terrer ilmu nahu soraf. Masa skolah mngah dulu bila ada yg xfaham nahu kat skolah, blaja kat umah, ummi kata “nuh, pergi tanya ust Sibawaih tu”.. hehe, abah dapat gelaran Sibawaih. Kenal tak sape Sibawaih? Cari sendri la ye.. Kami semua adik bradik blaja kat skolah Arab (SMUA), kene paksa rela dgn ummi. Walaupun masa tuh ana ada lah jg memberontak nak g Skolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM, tp xleh g. Ummi xbg sbb dia kata kita wajib blaja Bahasa Arab, itu bahasa Al-Quran, nanti senang nak faham al-Quran. Baru skrg ana menyedarinya, jd kawan2 semua lpas ni hntr anak2 antum semua blaja bhasa Arab bhasa al-Quran, penting ni.. Eh, ni macam dah lari tajuk. Sbnrnya nak crita pasal lain, ok.

Gitulah, sambung balik, makanya ummi menolak lamaran pemuda2 kg dia tu. Tp dia xkisah org2 kg dok mengata dia ni terlalu memilih, sombong. Ok, tahu tak mak dia (nenek saya) pujuk dia mcmne? “xpayah risaulah pasal jodoh lg, blajar je dulu sampai boleh jadi ustazah. InsyaAllah jodoh akan datang sendiri bila tiba masanya nanti. Mak dah mimpi yang akan ada org ‘jauh’ datang melamar kamu, tunggu je”. (orang jauh sungguh la, org Mesir,hehe). Maka ummi ana pun penuh sabar lah menunggu. Tup2 sampai satu hari tu datang rombongan dari abah. Kalau kawan nak tahu, tok imam Shukri pasir puteh yang jd org tengah yang mengejas abah dan ummi ni. Kenal tak ust shukri? Abuya Zainab, atau Abdullah Fahmi. Sbbnya ummi Zainab tu kawan baik ummi ana dan abah ana kenalan kepada abuya dia. Masa tu Ust Shukri dan Ummi Zainab dah suami isteri. Makanya bertemulah jodoh abah dan ummi ana. Alhamdulillah..

Ada satu kisah lawak berkenaan dgn abah ana ni. Ummi crita, sblm dia dtg melamar ummi, dah 10org wanita dia pegi tengok dan merisik, tp semuanya xberkenan dan xjd. Fuhh, cerewet jgk abah aku ni ya,hehe.. tp pd pndgn saya bukanlh cerewet, cumanya berhati-hati dalam memilih isteri. Sbbkan isteri ni kita akan hidup dengan dia seumur hidup hatta ke syurga nanti. Bila saya tanya kenapa abah terlalu memilih, ummi ana jwb sbbnya wanita yg dia g tgok tu ada yg xtutup aurat, terlalu bebas bersentuhan dan macam2 lg lah yg tak memenuhi syariat Islam. Bagusnya abah mencari yang benar2 islami (ada ilmu agama dan beramal dengan ilmunya). Akhirnya bertemulah si lelaki yang tak pernah bercouple (dating/gewe atau yg sama waktu dengannya) dengan seorang wanita yang anti couple. Ummi ana ni kira mcm pengawas skolah lah masa dia blaja dulu sbb mane2 plaja wanita yg keluar dating, dia akan laporkan kepada ust dan ustazah. Ummi ana mmg menentang budaya perhubungan lelaki wanita tanpa ada apa2 ikatan sah.



Ummi ana sangat strict kalu bab-bab couple ni. Awal2 dia dah bagi amaran kat kami semua 6org anak-anaknya, “jangan ada sesiapa dari anak ummi ni bergewe masa blaja, cakap2 dengan lawan jenis pun kene kawal, yang xde kaitan dengan pelajaran dan hal-hal penting xperlu berurusan dan berhubungan dengan lawan jenis. Jangan tiru budak-budak dan anak-anak orang lain. Anak ummi baik2 semua kene ikut cakap ummi”. Jdnya kami semua membesar dalam keadaan yang dikawal ketat oleh ummi dan abah. Tp ana pd awalnya ada juga memberontak sbb menyalahi dengan keinginan jiwa remaja ana pada masa tu. Sampaikan ada di antara kami adik bradik yg kene rotan sbb berutus surat cintan-cinton. Hehe.. kenangan pahit lerr masa tu.. Tp akhirnya ana menyedari didikan ummi dan abah sangat menjaga kami dan ana betul2 bersyukur dilahirkan dengan kedua ibubapa yang tegas dalam hal mendidik akhlak anak2nya. Terima kasih ummi dan abah..

Makanya, begitu jugalah pertemuan jodoh kakak ana dengan suaminya, abg wan tu. Mrk tak pernah kenal sblm ni sehinggalah dipertemukan oleh org tua masing-masing. Abg wan tu bekas student KIAS jgk kalu ada yang perasan, jbtn dakwah sama batch dgn ust fadhli shaari. Alhamdulillah abg wan org kg sebelah je, mudah nak bergilir balik rumah mak mertua. Hehe, jodoh dan rezeki kakak ana, siap yg tahu kan? Allah yang dah tetapkan. Lalu lahirlah Ahmad Faez Muttaqen yang comel, bakal pewaris keturunan (Awang & Mik- lawak kan jodoh nama yang matching, hehe). Ummi ana pesan kat anak-anak perempuannya, “kalu dah hbs blaja, kawin terus, jgn lewat2 macam ummi, lambat dapat cucu”. Berbeza dengan pesanan dia kat anak-anak lelakinya, “yang 3org lelaki ni (zulqarnain, hafiz,zaki) kene bekerja dulu baru boleh kawin, dah ada pendapatan baru boleh mintak ummi g lamar mana2 perempuan. Pastu kalu nak cari isteri, carilah yg blaja agama dan tutup aurat dengan betul, nanti mudah kat kita juga sbb isteri akan ajar kat anak2 pula didikan yg betul. Kalu tak kerja lagi, xpayah nak menggatal dok gewe nak kawin, nanti nak bagi makan pasir ke kat anak isteri?” fuhhh, pesanan berlaser dan amat tajam dari seorang ibu kepada anak-anak lelakinya. Walaupun pedas, ada betulnya, menusuk masuk ke sukma..

Oklah, sebenarnya banyak lagi cerita2 best dari ummi yang penyayang dan abah yang tegas. Ummi yang Queen Control dan Abah yang Kuasa Vetto, kami semua anak2 patuh dan taat. Selamat berkongsi, ambil yang baik, buang yang buruk. Wallahu’alam, wassalam..

Exclusive from me: marjaat al-fatih


gambar bawah: tengok betul2 pengantin baru dan pengantin lama.. huhu

No comments:

Post a Comment

salam