Wednesday, April 21, 2010

Tahniah Di Atas Kurniaan Amanah Kedua Dari Allah...

Assalamualaikum wbt... bertemu lagi kita di ruang maya marjaathumaira.blogspot.com.. terima kasih di atas sokongan sahabat2 semua yang sentiasa mengikuti perkembangannya.. Syukran Jazakumullah Khairan Jaza'..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada kakak saya, Munirah yang sekarang berada di Sabah. Syukur kepada Allah kerana beliau telah selamat melahirkan anak kedua pada 20/4/2010 lbh krg jam 9pg di hospital besar Sandakan. Anak perempuan katanya berat 3.8 kilo.. fuh berat dan besar jg tuh, sama macam faez dulu la... Semoga engkau tabah dan penuh sabar sebagai seorang istri dan ibu..

Alhamdulillah cukup sepasang anak lengkap sebuah keluarga bahagia.. Kurniaan dari Maha Pemberi sebagai amanah yang perlu dididik dan dijaga dengan roh dan kefahaman tentang Deen-Nya.. Jika gagal maka akan dipersoalkan kelak di sana..

Inilah yang dikatakan fitrah perjalanan hidup seorang manusia, dari bayi-kanak2-remaja-dewasa-kawin-punya anak-tua-mati.. nampak simple dan biasa kan? Tapi ianya akan jadi berbeza dengan manusia yang lain sekiranya di setiap peringkat itu dibarengi dengan aturan ajaran agama.. ianya akan penuh bunga2 indah, penuh bahagia dan damai.. inilah yang dikatakan syurga dunia..baiti jannati..  

oklah, nanti ada kesempatan saya akan postingkan gambar-gambar cute putri baru.. mereka akan balik kelantan akhir bulan ni insyaAllah... Aduh, rindunyerr Cik Sah kat Faez miut..huhu, katanya dah boleh berlari.. ummi kata wajah putri baru mirip Cik Sah, hehe.. ni best ni, buat xsabar jek..

ok, wassalam.. jumpa lagi..


sekadar gambar hiasan..huhu

Tuesday, April 13, 2010

Kosong...Nihil...Sifar...Empty...Lost...

Assalamualaikum wbt... buat tatapan sahabat2 ku walau dimana jua kalian berada.. dah lama rasanya tak mencoret sesuatu yang menggambarkan kondisi dan situasi saya yang sekarang ni brada di bumi penuh nikmat, Kelantan Darul Naim..

Apa nak tulis lg yaaa. hmmm..hmmm, sesuai dgn judul kita pada hari ini, perbincangan adalah berkisar kepada hal tersebut.. saya sebenarnya kosong dari pengisian2 ilmiah, nihil dari menghadiri usrah, sifar dari berbakti kepada ummah... empty and wasting my precious time... lost contact dgn sesetengah teman2 ku dahulu...
isk..isk..isk.. sedihnya rasa, hibanya hati, kecewaku, pasrahku pada ketentuan dari Maha Penentu...
Tapi cerdik pandai mengatakan ambil peluang dari waktu luang yang ada...fikir positif, ambil hikmahnya..

Alhamdulillah Allah masih sayangkan diriku, diberinya waktu yang sesuai utk ku mengadu, merayu, meminta padaNya.. waktu inilah utk kamu dekatkan diri, gantungkan harapan kamu kepada-Nya.. waktu yg amat berharga. Mungkin lps ni kalu dah sibuk dgn urusan kerja, Allah xkan bg lg peluang utk munajat pada-Nya, kamu perlu berusaha keras utk merebut waktu dan peluang itu kembali, perlu mujahadah yg bukan murah utk dibayar dgn wang..
Ingatlah teman2 ku sekalian, setiap waktu yg berlalu bukan dari sebab org lain tapi bergantung kpd diri kalian sendiri 100% samada kalian ambil manfaatnya atau buang begitu shj.. tp jgn lupa Allah dalam setiap tindakan kita..

Saya begitu teruja utk berkongsi dengan sahabat semua beberapa sms yang saya terima dari ChannelC.. isi kandungan sms itu begitu tepat pada kondisi dan emosi saya waktu tersebut, seolah-olahnya Allah berbicara terus dengan saya, Subhanallah, Allahuakbar...

*Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur
*Allah tidak memerlukan kita untuk menjadi wakilNya tetapi kitalah yang memerlukan-Nya serta rahmat-Nya. Buktikan diri sebagai hamba-Nya.
*Dakwah itu sangat halus, penuh seni dan sangat terperinci. Ia boleh lahir dari lisan, fikiran, doa, perbuatan dan sbginya. Berusahalah kearahnya.
*dan byak lg sms tu....

ilalliqa', jumpa lagi, see you soon..
wassalamualaikum wbt...

Thursday, April 1, 2010

Tokoh: Janji Allah Itu Benar.. Maka Nikmat Apa Lagi Yang Kamu Dustakan?


Teman Hasan Al-Banna, Farag Naggar ke rahmatullah


Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin...