Monday, May 31, 2010

KISAH PANGLIMA (1)


Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Romawi yang bermana George memanggil Khalid bin Walid. Kedua orang panglima itu saling mendekat sampai kedua kepala kuda mereka saling bertemu. Kepada Khalid, George bertanya: "Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, karana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah."

"Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan," kata Khalid.

"Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?"

"Tidak!" Jawab Khalid.

"Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?" Tanya George.

Khalid menjawab: "Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku "Saifullah" (pedang Allah)."

"Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?" Tanya George. "Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahwa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar." Jawab Khalid.

George bertanya: "Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?" Jawab Khalid: "Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya."

"Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?" Tanya George.

"Kami akan mengumumkan perang kepadanya," kata Khalid bin Walid.

George bertanya: "Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?"

Khalid menjawab: "Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu maupun yang kemudian masuk Islam."

"Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?" Tanya George.

Khalid menjawab: "Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu."

George bertanya: "Apakah yang kamu katakan itu benar?" "Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,"jawab Khalid.

George berkata: "Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam."

Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.

Ketika Khalid bersama dengan George masuk ke dalam khemah, maka tentara Romawi mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam. Setelah selesai mengerjakan solat, maka Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam dan di saat itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid. Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya. Semoga Allah menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Amin.

Sunday, May 23, 2010

KELAWAR'S NIGHT...WHILE STOCK LAST !!! AVAILABLE ONLY IN SABAH !!!


Cantik kan? sesuai untuk wanita pada semua peringkat umur kecuali bayi dan kanak-kanak (huhu)... jenis kain lembut dan tidak panas, corak batik lukis tangan.. free size.. amat cantik lhoo..

Sesiapa yang berada di SABAH dan berkenan dengan baju-baju kelawar (bkn untk kelawar ya!), boleh lah menghubungi saya di email marjaat_syuhada85@yahoo.com atau marjaat_humaira@yahoo.com ...
Harga yang berpatutan dan munasabah (hanya akan diberitahu kepada pelanggan yang serius sahaja)... cara bayaran dan penghantaran akan diberitahu melalui email atau telefon yang akan diberi kelak..

Saya dah jadi penjual pakaian ke? tak lah, cuma bantu jualan kakak saya yang sekarang beliau mengajar di Sabah.. sebab tu ler available only in Sabah bahhh...


cepat ya, sebelum stok habis.. huhu..
wassalam..

Monday, May 17, 2010

Haza Min Fadhli Rabbi.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt.. ok, dah ada pun gambar budak2 ni.. jom meh tengok jap.. apa persamaan dan perbezaan antara keduanya.. gambar adik wafa saya ambik dari Facebook babanya, Mohd Ridzuan. Tadi saya dah cuba bluetooth dari hp umminya, tp masih fail sbb something error.. entahlah kenapa.. Apapun, pic kat bawah ni dah kira ok.. khas untuk tatapan sahabat2 yang setia dengan blog ini.. syukran jazakallah.. 

ni gambor Ahmad Faez Muttaqen berumur sebulan lebih kurang..


ni pun gambar faez juga.. hehe



dan... inilah dia rupa anak keponakan saya yang baru, Nur Wafa Maisarah Binti Mohd Ridzuan.. fuhh, panjangnya nama.. nanti nak isi borang ni susah lah, huhu.. saya teringat nama anak sulung Imam Hassan al-Banna pun nama Wafa.. sbb isterinya digelar Ummu Wafa.. betul tak? cuba kawan2 check balik..




 ni pun gmbr wafa lagi.. hehe.. umur lebih kurang seminggu kot sbb ni masih kat rumah mereka kat Sandakan

Sunday, May 16, 2010

Berjalan, Melihat, Mentafsir...

Assalamualaikum wbt.. bertemu kembali kita di ruang maya. Terima kasih kepada mereka yang masih setia mengikuti perkembangan blog yang tidak seberapa ini. Selamat Hari Guru kepada kawan-kawan yang telah bergelar guru. Terharu rasanya bila dikenangkan kembali perasaan dan pengalaman guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya sehingga ke hari ini. Alhamdulillah pada malam ni datang semangat baru untuk mencoretkan sesuatu sempena hari guru, kalau dilihatkan memang dah lama saya tidak menulis.

Kenangan paling best masa saya di Sekolah Rendah Othman Talib 2, Tendong, Pasir Mas yaitu dari darjah 1 sampai 4. Memang saya terkenal sebagai anak murid yang nakal, malas, degil dll. Darjah 3 Cikgu Yuhana lantik saya jadi penolong ketua kelas mungkin kerana badan saya lebih besar dan tinggi berbanding dgn murid2 lain, kalau nak ikutkan xde apa2 kelebihan pun pada aspek yang lain.. Ketua kelas waktu tu nama Abdullah (kalu tak silap), perangai lebih kurang sama je, orang kata 'palo pengat'. Orang Kelantan tahu istilah ni. hehe. Masa tu cikgu xmasuk kelas entah pegi mane, jdnya saya dan ketua pun buat perancangan satu permainan menggunakan penyapu, penyodok dan sewaktu dengannya. huhu.

Nak tahu main apa? Permainan ni perlukan 2 orang, sorang sebagai penggerak penyapu dan sorang lagi sebagai pelompat batang penyapu. Masa tu kami semua dah ada semangat memenangkan gender, maka berlawan lah lelaki dan perempuan, siapa paling lama dapat melompat batang penyapu tanpa jatuh dan tersepak.. lawak2.. Makanya natijah dari permainan dan peristiwa itu, patah lah 2 batang penyapu yang tidak bersalah apa2.. kerana dipijak oleh mereka yang gedempol (termasuk saya lah tu! huhu)

Sedang syok2 bermain dan bersorak tu, cikgu Yuhana pun datang lah tanpa disedari semua orang.. Tup, tup bunyi tapak kasut dia di belakang saya.. Ya Allah, habislah aku..(kawan2 boleh imagine sendiri bagaimana kondisi mulut dan jantung saya).. Dia pun tanya dengan suara yang lembut je, xde tengking2 pun: Sapo suruh main gini? Sapo wat patoh nyapuh nih? .. semua murid lain senyap dan serentak berpaling ke arah saya. Dah sah cikgu memang dah boleh agak apa jawapan kepada soalan dia td.. Kesimpulannya semua murid kene beratur terima cubitan + pulasan di perut yang amat perit dari Cikgu Yuhana.. Hukuman tambahan kepada orang yang mencetuskan idea permainan ni (aku lah tu) adalah kene sapu lantai kelas dengan penyapu yang patah tu. Kawan2 boleh bayangkan batang penyapu yang pendek dan kondisi saya yang terbongkok2 macam nenek kebayan.. huhu. terseksa belikat dan belakang.. Balik rumah x bagitau pun umi dan abah sbb dah tahu kalu mengadu kene tambah lg teruk hukuman (kene rotan dah biasa sampai biru lebam) .. Inilah kenangan paling diingati sewaktu sekolah rendah.. =) ok, stakat ni je dulu coretan memori silam.. kalau ada yang terlibat sama dalam peristiwa itu, mungkin anda sedang tersengih waktu ni..

 *** kali ni saya upload kan foto2 kenangan di Pulau Sabang untuk dikongsikan bersama rakan2 yang tidak berpeluang menyertainya..:-


inilah pandangan pantai dari pesisir laut tanah besar aceh, dirakam dari atas feri sebelum bertolak..

inipun sama juga, nampakkan deburan buih2 kecil dan besar bila feri mula bergerak.. first time saya naik feri, di Malaysia xpernah naik pun, berpeluang naik feri di negara orang.. Alhamdulillah.. kenangan di sini, kami terpaksa duduk ditepi pagar kat laluan orang sbb xde tempat duduk di dalam feri (saya bayangkan seperti pendatang asing yang terpaksa bersesak-sesak duduk mencgkung dan bersila ats kapal).. huhu, kesian kami..

dah sampai Pulau Sabang, ni pandangan pantainya. Cantik kan? orang kata warna biru laut yang indah.. Subhanallah..

ni pandangan salah satu jeti di Pantai Sabang entah nama apa kat sini dah lupa pulak.. bukan nak fokus pada lelaki yg kat hujung jeti tu kalau kawan2 perasan.. hehe, cuma nak ambik gmbar laut yg cantik..

dirakam dari atas kubu jepun yang ada di salah satu tanjung pesisir laut Sabang.. orang kata di kubu inilah jepun menyerang kapal2 laut British yang mahu masuk ke aceh..

Subhanallah, ni adalah gambaran air panas yang menggelegak di puncak gunung berapi di Pulau Sabang.. pic yang berharga dirakam oleh dihan, syukran ya.. orang-orang yang sanggup tahan bau dan ada stamina boleh sampai ke kemuncak ini..

inilah picture paling berharga kami.. nampakkan asap yang keluar tu?.. cantik tapi baunya masyaAllah, seperti telur tembelang. Saya rasa bau gas kimia Nitrogen sbb berbau tengik, gas ini kalau berlebihan dihidu boleh membawa maut.. Alhamdulillah xde pape berlaku masa tu, cuma saya rasa sedikit pening..