Monday, July 5, 2010

Zakat Gaji


Assalamualaikum wbt... hari ni nak posting sesuatu yang amat penting untuk mereka yang (sudah & akan) bergelar mahasiswa S1 dari jurusan agama tidak kira dari IPTA/IPTS apa sekalipun. Sekiranya antum rasa tidak berkaitan dengan diri anda lagi buat masa sekarang, tunggu suatu masa nanti mesti ada gunanya. Silalah baca entri ini sampai habis ya! Perkongsian ilmu...

Ini adalah kisah benar yang terjadi baru beberapa minggu lepas kepada diri saya. Pada suatu hari ada saudara kaum kerabat dari Gua Musang datang berkunjung ke rumah. Kebiasaannya mereka akan singgah bermalam. Alhamdulillah, kalau tetamu berkunjung ke rumah itu maknanya mereka membawa rahmat kepada penghuni rumah. Harap-harap begitu. Baru saya sedar bahawa rahmat itu adalah satu ilmu baru kepada diri yang serba tidak tahu ini.. Ilmu tentang zakat gaji..

Beliau bertanya tentang bagaimanakah zakat gaji bagi seseorang yang kerja gaji berkala/berbulan? inilah jawapannya. Umi yang pernah ambik kelas Tafaqquh Fiddin di KIAS telah menyelamatkan situasi ana yang terkunang-kunang nak jawab apa kepada orang yang bertanya sbb dia tahu bahawa anak dia ni tak ambik syariah, kurang tahu tentang apa2 hukum.. mmg betul pun, hehe.. ni dia jawapannya, saya taip dari buku pengajian umi (Hukum Islam)..: selamat membaca dan peroleh ilmu..


ENAKMEN
MAJLIS AGAMA ISLAM
DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
FATWA MENGENAI ZAKAT PENGGAJIAN

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama’ yang bersidang pada 27 Zulqaedah 1419 bersamaan 16 Mac 1999 dan atas titah perintah kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat fatwa yang berikut:

a) Pendapatan gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan atau badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat atau sebagainya dari institusi-institusi yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang mempunyai sistem penggajian yang teratur adalah diwajibkan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji seseorang kakitangan itu sampai nisab yang dikira atas nisab mata wang dan melintasi haul, di mana dia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan;

b) Permulaan haul zakat dikira pada hari atau bulan seseorang itu dipanggil melaporkan diri untuk memulakan tugas jawatannya kerana hari atau bulan itu dikira sebagai masa permulaan dia berhak menerima bahagian-bahagian peruntukan gaji tahunannya dan kadar zakatnya ialah sebanyak 2.5% atau 1/40;

c) Bahawa gaji atau pendapatan yang dikenakan zakat ialah meliputi gaji pokok serta lain-lain yang dikira sebagai imbuhan tetap sahaja dan tidak termasuk imbuhan berubah;

d) Zakat dikenakan atas gaji atau pendapatan setelah ditolak perbelanjaan dharuriyyat, iaitu keperluan asasi yang paling sederhana untuk diri dan keluarga di bawah tanggungannya menurut hukum syarak.

__________
ok, dah tahu ilmu tu: semoga beramal dengannya ('',)

No comments:

Post a Comment

salam