Wednesday, September 29, 2010

DIALOG (1)


   Seronok bila bercakap dengan kanak-kanak cerdas dan pintar. Mereka banyak bertanya bila melihat sesuatu yang menyalahi tahap pemikiran dan pemahaman mereka. Memang mereka suka bertanya itu dan ini. Kita pula yang perlu bersabar dalam menjawab soalan mereka. Banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam menjawab soalan-soalan dari para sahabatnya tentang agama. Baginda amat sabar walaupun dengan pertanyaan yang remeh-temeh dan berulang-ulang.
   
   Mafhum Hadis dari Abu Ya’la (229): Daripada seorang lelaki daripada kaum Khas’am beliau berkata: Daku datang kepada Nabi SAW dan baginda sedang bersama beberapa orang sahabat Baginda. Daku berkata: Adakah kamu yang mendakwa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah? Sabda baginda: Ya. Daku bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling disukai oleh Allah Taala? Sabda baginda: Beriman kepada Allah. Daku bertanya lagi, kemudian apa lagi? Sabda baginda: menghubungkan silaturrahim. Kemudian aku bertanya lagi, apa lagi selepas itu wahai Rasulullah? Jawab baginda: menyuruh kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

   Daku bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling dimurkai oleh Allah Taala? Jawab baginda: menyekutukan Allah. Daku bertanya: kemudian apa lagi? Jawab baginda: memutuskan hubungan silaturrahim. Daku bertanya lagi: kemudian apa lagi wahai Rasulullah? Sabda baginda: menyuruh melakukan kemungkaran dan melarang daripada melakukan kebaikan.

   Kalau kita fikirkan secara akal biasa yang logik, mestilah 3 perkara yang pertama itu akan menjadi lawan kepada 3 perkara yang kedua.. tp Rasul SAW tetap sabar dalam menjawab soalan yang jawapannya adalah pantulan (lawanan) kepada jawapannya yang terdahulu.. Subhanallah.. kerana beliau tahu orang yang bertanya memang benar-benar tidak tahu. Seperti kanak-kanak yang baru boleh bercakap dan berfikir, samalah seperti lelaki tersebut yang baru mengetahui tentang agama Islam yang baru dianutinya..




DARJAH 1 AMAL
Natrah: Cikgu, loni pukul brapo?
Aku: Pukul 9.30 baru.. setengah jam lagi nak rehat..sabar2.. gi duduk tempat dulu..
(5 minit kemudian)
Natrah: Cikgu, brapa minit lg nak rehat?
Aku: 25 minit lg.. (sambil mata melirik ke arah jam dinding)
(5 minit kemudian)
Natrah: Cikgu, loni pukul brapo?
Aku: pukul 9.40..
Natrah: Cikgu, 25 minit lg ko nok rehat?
Aku: Buke, 20 minit lagi
(5 minit kemudian)
Natrah: Cikgu, pukul brapo doh loni?
Aku: Hish budak ni.. lambat lagi la nak rehat !!  (suara aku dah berubah dah masa ni, hehe)


   Inilah aku seorang cikgu yang tidak sabar dalam melayan karenah kanak-kanak. Betapa jauh bezanya dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Dalam bilik guru aku terjumpa sebuah buku yang boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin ‘mendidik’. 

   Buku itu berjudul: Rasulullah Pendidik Terulung; 40 Teknik Rasulullah Mengajar, terjemahan daripada ( الرسول المعلم : وأساليبه في التعليم ) , hasil karya as-Syaikh al-A’llamah al-Muhaddith al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi. Selamat Membaca..

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang penyabar... ameen Ya Rabb....
  _____________________________________________________________________________
 
*p/s: gambar-gambar foto di bawah adalah pelajar Tahun 1 Taqwa yang terkenal dengan ketangkasan dan kelincahan berlari-lari serta petah berkata-kata.. huhu.. Syok sungguh mereka bergambar, fotogenik, siap bergaya-gaya lagi tuuu.. Semoga Terhibur..
Ghozali, Ansori dan Zaiputin

Rahimi dan Afiq

      Inilah kelas 1 Taqwa : yangg tunjuk 'peace' kat barisan belakang nama Hakimi.. hihi, walaupun kamera dari arah belakang, masih nak bergaya yea Hakimi.. comel sungguh..

Monday, September 13, 2010

Salam Eidilfitri

Assalamualaikum wbt,
Salam Lebaran Syawal, Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya.. dan banyak lagi salam dan selamat..
alkisah cerita pada kali ini adalah berkisar tentang sambutan hari raya Aidilfitri kami sekeluarga.. (^_^)

  • APA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • SIAPA: Saya dan Keluarga (Abah, Umi, Abe Zul, Apih, Zaki, Fatim) bersama keluarga sepupu dari KL (Abe Zul, Kak Zah, Abid, Ammar, Walid)
  • BILA: Hari raya laarr, bila lagi.. hehehe (raya ke-3)
  • DI MANA: kat rumah ku Teratak Hijau Syahdu, Kg Telipot, Pasir Puteh, Kelantan
  • BAGAIMANA: Kurang meriah, kurang best..
  • MENGAPA: sebab Kak Muni tak balik beraya kat Kg tahun ni.. dia beraya kat Sandakan je.. sedih xleh nak cubit Faez dan Wafa.. tapi pagi raya tu dah ber'webcam' dgn mereka.. kira kesedihan tu berkurang la skit.. alhamdulillah.. Kueh Raya pn x buat, beli je.. yang buat adalah Puding Laici, Puding Biskut Marie (yang ni recycle Kek Batik Fatim yg x menjadi..huhu), Puding Jagung, Puding Koko Radik.. hehe.. aneka puding-pudingan yang simple tp enak.. kek x pandai nak buat, raya tahun lepas buat kek coklat kukus, adunan kali pertama ok lg, adunan kedua dah ko.. hihi.. mmg xde kepakaran la dalam bidang kek-kek ni.. Sori la.. Menu pada hari raya pertama adalah Rendang ayam HPA, alhamdulillah menjadi, makan dgn nasi himpit (kapit.. hihi) campur dgn kuah kacang.. kira ok la.. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari-Nya.. Satu lagi sebab jadi kurang best adalah saya dah xdapat duit raya.. huahua, sedihnya.. org yg masih belajar je dapat duit raya, saya ni mereka kata dah kira overdue.. hehe.. xpe2, nanti kite sambung master, kira belajar jgk la yea.. hehe.. Peristiwa paling kurang best yg berlaku adalah spek ku yg hensem ni patah, dlm foto tu sbnrnya saya pakai spek patah la, tp x perasan sbb saya dah gam'gajah'kan.. hehe.. pastu ingatkan boleh la bertahan dua tiga tahun lagi spek tu, tp rupa2nya x sampai pun dua jam.. prakkk.. patah balik.. skrg ni saya dah buat spek baru la.. hehe.. hadiah hari raya.. Alhamdulillah..


Inilah keluarga kami yang bahagia. Berdiri: Abe Zul (Abg Long). Duduk dari kiri: Abe Zul (suami sepupu), Walid Faruqi, Abah, Umi, Kak Zah (sepupu), Saya (yang x sempat nak posing baju raya.. hehe), Fatim (pun sama). Duduk kat bawah dari kiri: Azfar Abidin, Muammar Mubarak, Zaki.

Orang yg sama, tempat sama, cuma tukar Hafiz je kat depan tu.. bergilir snap gambar dgn zaki.. tgok Abe Zul yang berdiri tu dah boring nak senyum.. hehehe, macam kerang busuk je.. sori, jgn marah.. (^_^)