Wednesday, September 29, 2010

DIALOG (1)


   Seronok bila bercakap dengan kanak-kanak cerdas dan pintar. Mereka banyak bertanya bila melihat sesuatu yang menyalahi tahap pemikiran dan pemahaman mereka. Memang mereka suka bertanya itu dan ini. Kita pula yang perlu bersabar dalam menjawab soalan mereka. Banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam menjawab soalan-soalan dari para sahabatnya tentang agama. Baginda amat sabar walaupun dengan pertanyaan yang remeh-temeh dan berulang-ulang.
   
   Mafhum Hadis dari Abu Ya’la (229): Daripada seorang lelaki daripada kaum Khas’am beliau berkata: Daku datang kepada Nabi SAW dan baginda sedang bersama beberapa orang sahabat Baginda. Daku berkata: Adakah kamu yang mendakwa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah? Sabda baginda: Ya. Daku bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling disukai oleh Allah Taala? Sabda baginda: Beriman kepada Allah. Daku bertanya lagi, kemudian apa lagi? Sabda baginda: menghubungkan silaturrahim. Kemudian aku bertanya lagi, apa lagi selepas itu wahai Rasulullah? Jawab baginda: menyuruh kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

   Daku bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling dimurkai oleh Allah Taala? Jawab baginda: menyekutukan Allah. Daku bertanya: kemudian apa lagi? Jawab baginda: memutuskan hubungan silaturrahim. Daku bertanya lagi: kemudian apa lagi wahai Rasulullah? Sabda baginda: menyuruh melakukan kemungkaran dan melarang daripada melakukan kebaikan.

   Kalau kita fikirkan secara akal biasa yang logik, mestilah 3 perkara yang pertama itu akan menjadi lawan kepada 3 perkara yang kedua.. tp Rasul SAW tetap sabar dalam menjawab soalan yang jawapannya adalah pantulan (lawanan) kepada jawapannya yang terdahulu.. Subhanallah.. kerana beliau tahu orang yang bertanya memang benar-benar tidak tahu. Seperti kanak-kanak yang baru boleh bercakap dan berfikir, samalah seperti lelaki tersebut yang baru mengetahui tentang agama Islam yang baru dianutinya..




DARJAH 1 AMAL
Natrah: Cikgu, loni pukul brapo?
Aku: Pukul 9.30 baru.. setengah jam lagi nak rehat..sabar2.. gi duduk tempat dulu..
(5 minit kemudian)
Natrah: Cikgu, brapa minit lg nak rehat?
Aku: 25 minit lg.. (sambil mata melirik ke arah jam dinding)
(5 minit kemudian)
Natrah: Cikgu, loni pukul brapo?
Aku: pukul 9.40..
Natrah: Cikgu, 25 minit lg ko nok rehat?
Aku: Buke, 20 minit lagi
(5 minit kemudian)
Natrah: Cikgu, pukul brapo doh loni?
Aku: Hish budak ni.. lambat lagi la nak rehat !!  (suara aku dah berubah dah masa ni, hehe)


   Inilah aku seorang cikgu yang tidak sabar dalam melayan karenah kanak-kanak. Betapa jauh bezanya dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Dalam bilik guru aku terjumpa sebuah buku yang boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin ‘mendidik’. 

   Buku itu berjudul: Rasulullah Pendidik Terulung; 40 Teknik Rasulullah Mengajar, terjemahan daripada ( الرسول المعلم : وأساليبه في التعليم ) , hasil karya as-Syaikh al-A’llamah al-Muhaddith al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi. Selamat Membaca..

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang penyabar... ameen Ya Rabb....
  _____________________________________________________________________________
 
*p/s: gambar-gambar foto di bawah adalah pelajar Tahun 1 Taqwa yang terkenal dengan ketangkasan dan kelincahan berlari-lari serta petah berkata-kata.. huhu.. Syok sungguh mereka bergambar, fotogenik, siap bergaya-gaya lagi tuuu.. Semoga Terhibur..
Ghozali, Ansori dan Zaiputin

Rahimi dan Afiq

      Inilah kelas 1 Taqwa : yangg tunjuk 'peace' kat barisan belakang nama Hakimi.. hihi, walaupun kamera dari arah belakang, masih nak bergaya yea Hakimi.. comel sungguh..

No comments:

Post a Comment

salam