Wednesday, June 24, 2009

Mengapa Yahudi Bijak.....????


Assalamualaikum w.b.t.. Posting kali ni saya ambil dari email kawan saya ex-mahadian. Saya tak tahu adakah cerita ini benar atau tidak, dan yang pasti ceritanya ditulis oleh seorang non-muslim (mungkin Kristian). Pada saya, kita sebagai muslim boleh sahaja mengambil intipati dan saripatinya. Apa yang perlu kita ingatkan dan sematkan di fikiran adalah: ajaran dalam al-Quran dan Hadits Rasulullah SAW itu lebih mendahului dari cerita yang dipaparkan tersebut. Di akhir cerita ini saya ada mencatatkan nasihat dan pandangan saya sendiri.. Selamat Membaca dan Menghayati..

********************************************************************

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri! Fikirkan kenapa!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan di bawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai kan? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes ‘bodoh’ akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan perkembangan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ke tengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 halaman penuh. Esay nya hanyalah mengenai ‘Mengapa Saya Gemarkan Tomato’!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
****************************************************************************

Apa yang boleh diambil dari cerita ini:

1. Membuat latihan matematik tu tidak salah pada anggapan saya dan boleh diamalkan, tetapi mendengar musik, bermain piano dan violin tu tak sesuai dalam ajaran Islam. Saya ada terbaca yang membaca dan memperdengarkan bacaan al-Quran kepada ibu-ibu mengandung itu amatlah baik untuk perkembangan otak bayi, meningkatkan kecerdasan dan ke‘genius’an. Sejarah tokoh-tokoh Islam dan ulama’-ulama’ terdahulu sudah membuktikannya.

2. Dari segi pemakanan pula, Rasulullah SAW sudah mengajarkan kita sebagaimana dalam hadits-hadits baginda. Makanan seperti susu, kurma, kacang badam (kacang pol) adalah menjadi makanan amalan Rasulullah SAW. Dalam al-Quran juga ada menyuruh kita mengambil makanan yang bukan sahaja halal, malah toyyiba (halalan toyyiba-baik). Maksudnya di sini, makanan tersebut mestilah halal dan berkhasiat, gizi yang seimbang. Elakkan makanan yang mengandungi bahan pengawet seperti pewarna berlebihan, dan perasa buatan (monosodium glutamat-ajinomoto-byak dlm makanan segera spt maggi, mamee, indomee dan yang sewaktu dgnnya). Sebaliknya pula banyakkan makanan yang natural-semulajadi seperti ulam (sayur-sayuran), buah-buahan, dan ikan. Kurangkan makan ayam sbb ayam daging kat pasar tu di cucuk hormon tumbesaran (sbb tu lah cepat besar).

3. Berkenaan dengan minyak ikan kod pula, memang tidak dinafikan khasiat yang terkandung di dalamnya kalau dikaji secara scientific. Masa saya kecik-kecik dulu pun umi ada bagi kat kami adik-beradik makan scotts emulsion(tak pasti kehalalannya) sebagai makanan tambahan, nak tahu kenapa? Sebab umi kata kami dulu semuanya kurus-kurus, kecik, lembek, layu, sakit sentiasa dan sewaktu dgnnya (org kata macam ayam makan kapur-monyok..hehe). Tapi yang silapnya, terlebih dose (makan sekali sehari je, tp kami curi-curi ambik dlm peti ais sbb sedap, perasa buah oren). Maka dgn itu, kami adik beradik ni terlebih besar dan tinggi-tinggi kalu nak dibandingkan dengan saiz umi dan abah. =).. Oleh itu, nasihat saya kepada sahabat sekalian, sekarang ni dah ada minyak ikan kod, namanya Omega-3 yang dijamin halal keluaran HPA. Omega-3 ni baik untuk perkembangan otak dan kecerdasan minda.

4. Kesenian dan sukan seperti memanah ada dalam hadits Nabi, ada hikmahnya setiap suruhan itu. Betul jgk lah dlm crita tu kata memanah dan menembak dapat melatih kita fokus (mata dan otak).

5. Pernah dengar tak ‘9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada perniagaan’? Fikirkanlah sahabat, kenapa Yahudi dapat menguasai ekonomi dunia. Oleh itu, jom kita pakat-pakat sokong dan dokong HPA.. hehe.. (mereka yang tak pernah pergi Kursus PBC, mungkin akan rasa hal ni remeh-temeh).

6. Bagi perokok yang membaca artikel ini, sedarlah kalian, bahwa kalian hanya menjahanamkan diri dan masa depan kalian sahaja. Saya ada terbaca salah satu cara nak mengatasi ketagihan rokok (bagi yang nak berhenti merokok) adalah mengamalkan minum air Kopi Radix.. Cuba lah. InsyaAllah berkesan. Yakin kepada Allah SWT sepenuhnya.

7. Mungkin ada sahabat yang menganggap artikel ni biasa-biasa saja, perkara remeh. Tetapi tidak bagi saya. Karena saya menganggapnya kenyataan ini adalah benar "Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin"
Kesudahan cerita ini, kita semua akan menemui Rabb Yang Agung, yang berbeda cuma kapan kah kita akan dijemput itu tiadalah kita ketahuan. Kumpullah bekalan sebanyak-banyaknya bermula dari sekarang dan jika kita inginkan bekalan itu bertambah walaupun kita sudah tiada di alam ini, ada caranya wahai sahabat. Ada hadits mengatakan bahwa, amal pahala yang sentiasa mengalir kepada kita di alam kedua nanti cuma tiga: 'Anak yang soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat'.. tapi jika kita merasa sudah cukup dengan amalan kita setakat hidup di dunia, abaikan pesanan dan nasihat ringkas ini..


p/s: saya tujukan khusus artikel ini buat sahabat2 muslimah ku yang amat ku kasihi.. kalian semua akan menjadi ibu suatu hari nanti dan melahirkan generasi pejuang agama Allah. Semoga pemimpin masa depan akan terbit dari keturunan dan generasi kalian semua.. ameen..

No comments:

Post a Comment

salam