Wednesday, August 25, 2010

Susahnya nak kahwin!

BismiLLah…
“Eh, kenapa hantarannya macam sudah mahu kahwin?” tanya ayah, risau.
“Ayah, tuan badannya dah allocate RM500 untuk hantaran, tak termasuk baju.” Saya masih khusyuk menyiapkan hantaran bagi pertunangan sepupu saya yang akan dilangsungkan 2 hari lagi.
Ayah diam. Ayah memang tak suka perkara yang berlebih-lebihan. Membazir katanya.
“Zaman ayah dulu kalau bertunang, hanya balut isi hantaran tu dengan pembalut hamper tu. Senang. Tak membazir.”
Saya diam, bersetuju dengan kata-kata ayah. Saya masih ingat majlis pertunangan pakcik saya lebih 10 tahun dahulu. Simple. Tidak seperti majlis pertunangan hari ini, memang persiapannya seperti persiapan sebuah majlis perkahwinan! Ada pula yang mengambil gambar berdua di atas pelamin, si lelaki pula memakai baju melayu sedondon dengan si perempuan. Mengapa tidak dinikahkan saja mereka? Alang-alang…
Itu belum lagi masuk bab mas kahwin. Eh, maksud saya wang hantaran kahwin. Cikgu saja sudah melebihi RM12000. Kalau jurutera, doktor… lebih-lebih lagi kalau ibu bapanya berpangkat juga. Ah, sebab tu orang dah lama bercinta tak kahwin-kahwin! Dan akibatnya…


Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini sehingga Kabinet membuat keputusan itu, Rabu lalu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu (baca: Islam). – Berita Harian 16 Ogos 2010
Dilaporkan juga bahawa sesiapa yang disabitkan kesalahan membuang bayi akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM 20,000. Dan beberapa hari lalu, hukuman gantung mandatori telah dikuatkuasakan bagi kes-kes ini, yang sama taraf dengan kes pembunuhan. Manakala pesalah-pesalah akan dikenalpasti melalui sampel-sampel DNA yang akan diambil pada bayi.

Ramai yang menarik nafas lega dengan adanya akta baru ini. Kononnya, orang ramai akan lebih berhati-hati, dan kejadian buang bayi akan berkurangan. Entah, saya memang tidak yakin akan keberkesanannya. Perbuatan buang bayi itu adalah komplikasi kepada penyakit lain; iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Mana mungkin akan berkesan jika kita mahu merawat komplikasi tanpa kita selidiki sebab-musababnya dan mencari jalan untuk menangani penyakit atau masalah pokoknya! Konsep ini juga yang saya pelajari dalam bidang perubatan. Treat the cause to prevent the complication!

Pelbagai respon daripada masyarakat berkenaan hukuman gantung mandatori ini. Saya cuba bersetuju dengan beberapa pandangan Marina Mahathir dalam The Star 18 Ogos 2010. Katanya,
I ALWAYS get a little worried when people start talking about death penalties. It often spells a poverty of ideas, which of course, comes from not really understanding what the problem is all about.
Cadangan beliau lainnya;
1- Put in place sex education, with a gender perspective and emphasising boys learning to respect girls
2- Let’s have homes for girls to have their babies safely, where they can keep up with schoolwork and where they can learn mothering skills should they want to keep the babies.
3- Talk to them about adoption and set up safe procedures for the babies to be adopted. Then set up a system where the girls can continue school afterwards
4- Finally, adults themselves must set good examples.

True indeed. Namun ada juga beberapa perkara yang kurang saya persetujui, sebagai contoh, beliau menolak nikah (sebelum hubungan kelamin) sebagai salah satu solusi kepada gejala ini. Pendapat beliau mungkin benar, sekiranya masyarakat terutamanya golongan muda dan remaja tidak dididik dengan pendidikan agama yang betul. Masyarakat perlu faham bahaya pergaulan bebas, seks rambang dan berpakaian menjolok mata. Mereka juga perlu tahu konsep perkahwinan dan hukum-hakam dalam islam serta relevansinya dalam menangani gejala sosial yang menular dalam masyarakat hari ini.
Mari kita renung-renungkan hadith ini:

Abdullah ibn ‘Umar said: The Prophet (pbuh) came to us and said, “O Muhajirun, you may be afflicted by five things – God forbid that you should live to see them.
If fornication should become widespread, you should realize that this has never happened without new diseases befalling the people which their forebears never suffered.
If people should begin to cheat in weighing out goods, you should realize that this has never happened without drought and famine befalling the people, and their rulers oppressing them.
If people should withhold zakat, you should realize that this never happened without the rain being stopped from falling – and were it not for the animals’ sake, it would never rain again.
If people should break their covenant with Allah and His Messenger (pbuh), you should realize that this has never happened without Allah sending an enemy against them to take some of their possessions by force.
If the leaders do not govern according to the Book of Allah, you should realize that this has never happened without Allah making them into groups and making them fight one another

- IBN MAJAH, KITAB AL-FITAN, 40

Saya sarankan agar kita semua membaca dan cuba memahami tulisan Ustaz Nasruddin Tantawi berkenaan isu ini; Nikah Khitbah satu Alternatif, atau tulisan yang telah disimpulkan oleh Malaysiakini; Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi.
Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai – ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.
Selamat berkahwin.
_______________________________________________
copied from: http://elfaqiha.wordpress.com/

Thursday, August 19, 2010

Bila Terkenangkan Ia..

Bila Terkenangkan Ia,
Hati Sayu..Pilu..Sedih..Tersisih,
Lalu Terdetik Kembali,
Kenapa Terjadi Begitu?
Akukah Yang Bersalah?
Akukah Yang Tersilap?

Bila Terkenangkan Ia,
Aku Kembali Terfikir,
Usah Dicari Jawapan Kenapa,
Tapi Carilah Jawapan Bagaimana,

Bila Terkenangkan Ia,
Terusku Koreksi Diri,
Bagaimana Bisaku Bantu Kamu?
Bagaimana Bisaku Gembirakan Kamu?
Bukan Gembira Yang Sementara,
Tapi Gembira dan Bahagia Yang Selamanya.

Bila Terkenangkan Ia,
Hati ku Jadi Bersemangat dan Berkobar,
Untuk Terus Bersama Kalian,
Meredah Onak Duri Perjuangan,
Untukku Bergelumang Kembali Dengan AirMata Pengorbanan,
Dengan Titisan Keringat Kepatuhan dan Kesetiaan,
Pada Janji Yang Telah Dilafazkan,
Untukku Meraih Janji Agung daripada-Nya,
Duhai Rabb Yang Tidak Pernah Memungkiri Janji.

Bila Terkenangkan Ia,
Bila ku Selami Makna dan Maksudnya,
Dakwah itu Bukannya Mudah dan Bukannya Payah,
Kalam Murabbi kepada Murabbi, Kalam Mujaddid Agung,
Wahai Imam as-Syahid Hasan al-Banna,
Mendorong Kita Untuk Terjun Dengan Dakwah Ini..
"Dakwah Yang Tenang, Namun Lebih Gemuruh...
Dari Tiupan Angin Taufan Yang Menderu...
Dakwah Yang Rendah Hati, Namun Lebih Perkasa...
Dari Keangkuhan Gunung Yang Menjulang...
Dakwah Yang Terbatas, Namun Jangkauannya..
Lebih Luas Dari Belahan Bumi Seluruhnya..."

______________________________________

Wahai Adik-adikku,
Berkumpullah Dengan Orang Soleh,
Agar Dirimu Sentiasa Diperbaiki dan Dipereloki,
Tuntun Hatimu Dalam Berkumpulan dan Berjemaah,
Agar Kamu Mengerti Erti Manisnya Ukhwah, Indahnya Tadhiah, Nikmatnya Meraih Syahid/ah..
Jagalah Hatimu Sebelum Pemiliknya Meminta Pertanggungjawaban Di Hari Yang Mulut Sudah Terkunci..

Ya Allah, Tetapkan Hatiku di Atas Jalan Ini, Jalan Dakwah dan Tarbiah Lillah..
Sehingga Diriku Dijemput-Mu.. Ameen Ya Rabb..

Monday, August 16, 2010

KUBIARKAN FOTO ITU BERBICARA

Setiap detik yang berlalu pasti ada peristiwa yang berlaku, pasti ada kisah yang terlakar, pasti ada kenangan yang akan dikenang. Masa adalah amat berharga, bukan boleh dibeli di kedai, dikutip di tepi jalan, dipetik atas pokok.. tiada.. Masa akan sentiasa bergerak seiring dengan usia kita. Manusia akan semakin tua, dunia akan semakin hampir kepada Hari Kemusnahan, Hari Penghabisan, dan kita akan dikumpulkan pada Hari Kebangkitan, Hari Penghisaban.. 

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.. Allah swt telah lama berbicara dengan kita melalui kalam-Nya al-Quranul Karim, melalui Surah al-Asr. Manusia yang paling beruntung di dunia dan akhirat adalah mereka yang mengambil pengajaran dan beramal dengan kalam Allah ini. Keberuntungan itu bukanlah dizahirkan Allah dalam bentuk wang ringgit, ketulan emas dan permata, bukan. Tapi akan dizahirkan Allah melalui nur kejernihan di wajah, melalui ketenangan dalam kehidupan, kenikmatan dalam beriman dan akhirnya mendapat ganjaran yang paling besar iaitu Syurga dan pertemuan dengan-Nya.. Subhanallah..

Ikhwah Akhwat yang dirahmati Allah sekalian, teringinkah kita untuk bertemu dengan Pencipta kita? berjumpa dengan Yang Maha Berkuasa, melihat wajah Allah Yang Mulia? Di akhir Surah al-Kahfi sudah dijelaskan: Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka hendaklah beramal soleh dan jangan sesekali mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun (al-Kahfi, 110).. Betapa mudahnya syarat yang ditetapkan Allah kepada sesiapa yang ingin berjumpa dengan-Nya.. Allah Maha Penyayang.. Dia tidak akan memberatkan hamba-hamba-Nya.. Subhanallah.

(Setiap kali membaca surah al-Kahfi aku akan menitiskan air mata ketika tiba pada akhir surah itu, hatiku tertanya-tanya bermonolog sendirian, layakkah bagiku untuk bertemu dengan-Mu Ya Allah? siapalah diriku ini untuk mencapai martabat itu? sudah banyakkah amal soleh ku? pernahkah aku mensyirikkan-Mu tanpa sedarku? Astghfirullaahal 'Azim.. aku hanyalah hamba-Mu yang hina, yang lemah, banyak membuat maksiat dan dosa, ampunkan aku Ya Allah, Ya Rabbul Jalil)

Makanya, marilah kita semua merebut peluang yang telah diberikan Allah melalui kedatangan Bulan Mulia, Bulan Ramadhan.. Bersemangatlah untuk bertemu dengan Lailatulqadar yang telah dijanjikan-Nya.. Selamat Menunaikan dan Memperhebatkan Ibadah Dalam Bulan Ramadhan.. Fastabiqul Khairat..

Seperkara lagi, sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk seorang muslimat KIAS (Nur Hidayah Ibrahim) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis lepas. Dia mantan exco KBK PMKIAS 08/09, muslimat yang berakhlak baik, peramah, berwajah tenang. Allah swt lebih menyayanginya, nyawa diambil dalam bulan Ramadhan yang barakah. Semoga rohnya dimasukkan ke dalam kalangan orang-orang soleh.. ameen..
__________________________________________________________________________________

p/s: di bawah ni saya uploadkan gambar foto suasana tempat baru saya, bilik guru SRI Annur, Kota Bharu.. bilik yang simple dan menenangkan.. ('',) kubiarkan gambar-gambar foto ini yang berbicara mesra... abaikan tarikh yang tertera di foto-foto itu, sbb ada kesilapan dan kerosakan pada kamera..



 
ada tv dalam bilik guru, tp xleh guna pun, sekadar hiasan je.. rak buku yang tidak tersusun.. sbb Ustazah Anisah yang tak pandai mengemas..('',)

 
keadaan atas meja Ustazah Anisah yang berserabut sblm dikemaskan.... baru lepas menulis buku rancangan mengajar.. saya rasa bukan 'rancangan mengajar', tapi 'laporan mengajar'.. 

nampak tak batang plastik putih atas buku tulis tu? kalau kawan2 nak tahu, itulah rotan yang Ustazah Anisah guna untuk mengawal murid-murid yang degil.. batang bendera pun boleh jd rotan, fleksibel sungguh.. (^_^)

ok, atas meja dah dikemaskan dengan ringkas, siap letak bunga hiasan lagi tu.. jeng..jeng..jeng.. ada orang bagi hadiah bunga kat saya.. ehem..ehem, sape yea?

bunga ros yang cantik dan bentuk luv yang cute.. sebenarnya ni hadiah dari anak murid.. pada hari pertama mengajar sekolah ni terus dapat hadiah.. terharu sungguh..

hehe.. ni meja ustaz KIAS yang mengajar skali dengan saya.. ada Quran atas meja dia sbb dia mengajar subjek al-Quran untuk pelajar tahfiz.. maaf ya ust, saya snap foto tanpa kebenaran.. meja yang sebelah dia tu adalah meja seorang ustaz muda umur 21, cuba tengok siap ada robot lg atas meja dia.. hikhik.. 
___________________________________________________________________________________

wassalam.. semoga beroleh manfaat serba sedikit..