Setiap detik yang berlalu pasti ada peristiwa yang berlaku, pasti ada kisah yang terlakar, pasti ada kenangan yang akan dikenang. Masa adalah amat berharga, bukan boleh dibeli di kedai, dikutip di tepi jalan, dipetik atas pokok.. tiada.. Masa akan sentiasa bergerak seiring dengan usia kita. Manusia akan semakin tua, dunia akan semakin hampir kepada Hari Kemusnahan, Hari Penghabisan, dan kita akan dikumpulkan pada Hari Kebangkitan, Hari Penghisaban..
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.. Allah swt telah lama berbicara dengan kita melalui kalam-Nya al-Quranul Karim, melalui Surah al-Asr. Manusia yang paling beruntung di dunia dan akhirat adalah mereka yang mengambil pengajaran dan beramal dengan kalam Allah ini. Keberuntungan itu bukanlah dizahirkan Allah dalam bentuk wang ringgit, ketulan emas dan permata, bukan. Tapi akan dizahirkan Allah melalui nur kejernihan di wajah, melalui ketenangan dalam kehidupan, kenikmatan dalam beriman dan akhirnya mendapat ganjaran yang paling besar iaitu Syurga dan pertemuan dengan-Nya.. Subhanallah..
Ikhwah Akhwat yang dirahmati Allah sekalian, teringinkah kita untuk bertemu dengan Pencipta kita? berjumpa dengan Yang Maha Berkuasa, melihat wajah Allah Yang Mulia? Di akhir Surah al-Kahfi sudah dijelaskan: Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka hendaklah beramal soleh dan jangan sesekali mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun (al-Kahfi, 110).. Betapa mudahnya syarat yang ditetapkan Allah kepada sesiapa yang ingin berjumpa dengan-Nya.. Allah Maha Penyayang.. Dia tidak akan memberatkan hamba-hamba-Nya.. Subhanallah.
(Setiap kali membaca surah al-Kahfi aku akan menitiskan air mata ketika tiba pada akhir surah itu, hatiku tertanya-tanya bermonolog sendirian, layakkah bagiku untuk bertemu dengan-Mu Ya Allah? siapalah diriku ini untuk mencapai martabat itu? sudah banyakkah amal soleh ku? pernahkah aku mensyirikkan-Mu tanpa sedarku? Astghfirullaahal 'Azim.. aku hanyalah hamba-Mu yang hina, yang lemah, banyak membuat maksiat dan dosa, ampunkan aku Ya Allah, Ya Rabbul Jalil)
Makanya, marilah kita semua merebut peluang yang telah diberikan Allah melalui kedatangan Bulan Mulia, Bulan Ramadhan.. Bersemangatlah untuk bertemu dengan Lailatulqadar yang telah dijanjikan-Nya.. Selamat Menunaikan dan Memperhebatkan Ibadah Dalam Bulan Ramadhan.. Fastabiqul Khairat..
Seperkara lagi, sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk seorang muslimat KIAS (Nur Hidayah Ibrahim) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis lepas. Dia mantan exco KBK PMKIAS 08/09, muslimat yang berakhlak baik, peramah, berwajah tenang. Allah swt lebih menyayanginya, nyawa diambil dalam bulan Ramadhan yang barakah. Semoga rohnya dimasukkan ke dalam kalangan orang-orang soleh.. ameen..
__________________________________________________________________________________
p/s: di bawah ni saya uploadkan gambar foto suasana tempat baru saya, bilik guru SRI Annur, Kota Bharu.. bilik yang simple dan menenangkan.. ('',) kubiarkan gambar-gambar foto ini yang berbicara mesra... abaikan tarikh yang tertera di foto-foto itu, sbb ada kesilapan dan kerosakan pada kamera..
ada tv dalam bilik guru, tp xleh guna pun, sekadar hiasan je.. rak buku yang tidak tersusun.. sbb Ustazah Anisah yang tak pandai mengemas..('',)
keadaan atas meja Ustazah Anisah yang berserabut sblm dikemaskan.... baru lepas menulis buku rancangan mengajar.. saya rasa bukan 'rancangan mengajar', tapi 'laporan mengajar'..
nampak tak batang plastik putih atas buku tulis tu? kalau kawan2 nak tahu, itulah rotan yang Ustazah Anisah guna untuk mengawal murid-murid yang degil.. batang bendera pun boleh jd rotan, fleksibel sungguh.. (^_^)
ok, atas meja dah dikemaskan dengan ringkas, siap letak bunga hiasan lagi tu.. jeng..jeng..jeng.. ada orang bagi hadiah bunga kat saya.. ehem..ehem, sape yea?
bunga ros yang cantik dan bentuk luv yang cute.. sebenarnya ni hadiah dari anak murid.. pada hari pertama mengajar sekolah ni terus dapat hadiah.. terharu sungguh..
hehe.. ni meja ustaz KIAS yang mengajar skali dengan saya.. ada Quran atas meja dia sbb dia mengajar subjek al-Quran untuk pelajar tahfiz.. maaf ya ust, saya snap foto tanpa kebenaran.. meja yang sebelah dia tu adalah meja seorang ustaz muda umur 21, cuba tengok siap ada robot lg atas meja dia.. hikhik..
___________________________________________________________________________________wassalam.. semoga beroleh manfaat serba sedikit..
No comments:
Post a Comment
salam