Wednesday, August 25, 2010

Susahnya nak kahwin!

BismiLLah…
“Eh, kenapa hantarannya macam sudah mahu kahwin?” tanya ayah, risau.
“Ayah, tuan badannya dah allocate RM500 untuk hantaran, tak termasuk baju.” Saya masih khusyuk menyiapkan hantaran bagi pertunangan sepupu saya yang akan dilangsungkan 2 hari lagi.
Ayah diam. Ayah memang tak suka perkara yang berlebih-lebihan. Membazir katanya.
“Zaman ayah dulu kalau bertunang, hanya balut isi hantaran tu dengan pembalut hamper tu. Senang. Tak membazir.”
Saya diam, bersetuju dengan kata-kata ayah. Saya masih ingat majlis pertunangan pakcik saya lebih 10 tahun dahulu. Simple. Tidak seperti majlis pertunangan hari ini, memang persiapannya seperti persiapan sebuah majlis perkahwinan! Ada pula yang mengambil gambar berdua di atas pelamin, si lelaki pula memakai baju melayu sedondon dengan si perempuan. Mengapa tidak dinikahkan saja mereka? Alang-alang…
Itu belum lagi masuk bab mas kahwin. Eh, maksud saya wang hantaran kahwin. Cikgu saja sudah melebihi RM12000. Kalau jurutera, doktor… lebih-lebih lagi kalau ibu bapanya berpangkat juga. Ah, sebab tu orang dah lama bercinta tak kahwin-kahwin! Dan akibatnya…


Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini sehingga Kabinet membuat keputusan itu, Rabu lalu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu (baca: Islam). – Berita Harian 16 Ogos 2010
Dilaporkan juga bahawa sesiapa yang disabitkan kesalahan membuang bayi akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM 20,000. Dan beberapa hari lalu, hukuman gantung mandatori telah dikuatkuasakan bagi kes-kes ini, yang sama taraf dengan kes pembunuhan. Manakala pesalah-pesalah akan dikenalpasti melalui sampel-sampel DNA yang akan diambil pada bayi.

Ramai yang menarik nafas lega dengan adanya akta baru ini. Kononnya, orang ramai akan lebih berhati-hati, dan kejadian buang bayi akan berkurangan. Entah, saya memang tidak yakin akan keberkesanannya. Perbuatan buang bayi itu adalah komplikasi kepada penyakit lain; iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Mana mungkin akan berkesan jika kita mahu merawat komplikasi tanpa kita selidiki sebab-musababnya dan mencari jalan untuk menangani penyakit atau masalah pokoknya! Konsep ini juga yang saya pelajari dalam bidang perubatan. Treat the cause to prevent the complication!

Pelbagai respon daripada masyarakat berkenaan hukuman gantung mandatori ini. Saya cuba bersetuju dengan beberapa pandangan Marina Mahathir dalam The Star 18 Ogos 2010. Katanya,
I ALWAYS get a little worried when people start talking about death penalties. It often spells a poverty of ideas, which of course, comes from not really understanding what the problem is all about.
Cadangan beliau lainnya;
1- Put in place sex education, with a gender perspective and emphasising boys learning to respect girls
2- Let’s have homes for girls to have their babies safely, where they can keep up with schoolwork and where they can learn mothering skills should they want to keep the babies.
3- Talk to them about adoption and set up safe procedures for the babies to be adopted. Then set up a system where the girls can continue school afterwards
4- Finally, adults themselves must set good examples.

True indeed. Namun ada juga beberapa perkara yang kurang saya persetujui, sebagai contoh, beliau menolak nikah (sebelum hubungan kelamin) sebagai salah satu solusi kepada gejala ini. Pendapat beliau mungkin benar, sekiranya masyarakat terutamanya golongan muda dan remaja tidak dididik dengan pendidikan agama yang betul. Masyarakat perlu faham bahaya pergaulan bebas, seks rambang dan berpakaian menjolok mata. Mereka juga perlu tahu konsep perkahwinan dan hukum-hakam dalam islam serta relevansinya dalam menangani gejala sosial yang menular dalam masyarakat hari ini.
Mari kita renung-renungkan hadith ini:

Abdullah ibn ‘Umar said: The Prophet (pbuh) came to us and said, “O Muhajirun, you may be afflicted by five things – God forbid that you should live to see them.
If fornication should become widespread, you should realize that this has never happened without new diseases befalling the people which their forebears never suffered.
If people should begin to cheat in weighing out goods, you should realize that this has never happened without drought and famine befalling the people, and their rulers oppressing them.
If people should withhold zakat, you should realize that this never happened without the rain being stopped from falling – and were it not for the animals’ sake, it would never rain again.
If people should break their covenant with Allah and His Messenger (pbuh), you should realize that this has never happened without Allah sending an enemy against them to take some of their possessions by force.
If the leaders do not govern according to the Book of Allah, you should realize that this has never happened without Allah making them into groups and making them fight one another

- IBN MAJAH, KITAB AL-FITAN, 40

Saya sarankan agar kita semua membaca dan cuba memahami tulisan Ustaz Nasruddin Tantawi berkenaan isu ini; Nikah Khitbah satu Alternatif, atau tulisan yang telah disimpulkan oleh Malaysiakini; Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi.
Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai – ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.
Selamat berkahwin.
_______________________________________________
copied from: http://elfaqiha.wordpress.com/

3 comments:

  1. Assalamualaikum Warahmatullah.

    Perkongsian yang menjernihkan.

    Perkahwinan yang sering disalah ertikan.
    Ibadat dikatakan adat.
    Yang mudah dipersusah.

    Resolusi yang diambil kerajaan tidak bernas sama sekali. Hakikatnya kemaksiatan 'membuang anak' itu masih terus terjadi. Hukuman yang dibuat, bukan untuk dilaksana. Menyangka sebagai cara menakutkan rakyat jelata terutamanya anak muda tidak ketinggalakn dewasa juga tua agar menjauh dari kemaksiatan itu. Realitinya? Na`udzubillah

    Kembalilah kepada Fitrah, Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah itu kesimpulan atau sinopsisnya. Adakah mereka berani?

    Ukht, terus menulis. Sampaikan kebenaran walaupun tidak secara langsung kepada yang selayaknya. Sekurang-kurangnya orang biasa seperti ana, dapat menikmatinya!

    Subhanallah.

    Allahu`Alam.

    ReplyDelete
  2. syukran di atas komentar ukhti, tp hakikatnya artikel tu saya copy paste je, bukan original saya tulis.. hehe.. harap tak apa yea.. berkongsi ilmu dan sebarkan ilmu.. blog ukhti juga hebat.!!

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikumwth..
    Saya di sini cuma mengeluarkan /luahan pendapat dan ingin berkonsi idea..
    Mengikut nisbah sekarang ni kalau tak salah saya nisbah 1 L/16 P kajian yg dijalankan.Kudbah Jumaat di Taman Serdang Jaya pada8/10/2010 menyatakan akhir zaman 1 lelaki(L)di belakang nya40perempuan(P) amat menakutkan.Harap sistem perkahwinan kita dilonggarkan sapa nak kahwin 2,3, 4 jangan lah banyak syaratnya sekurangkurangnya dapat mengelakkan gejala andartu atau golongan lesbian atau mustarbation maksiat dikalangan wanita dapat diselamatkan.SUBHANALLAH ALLAH TAK PERNAH MENYUSAHKAN UMAT ISLAM.Apa kah tindakan Majlis Agama Islam mengenai hal ini ..masingmasing sibuk tangkap sana sini ,atau merata-rata anak dibuang dan sebagainya .Dimana salahnya pentadbiran Islam kita.

    Sekian,terima kasih.

    Ikhlas kerana Allah

    ReplyDelete

salam